window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k!

Haris · Oct 27, 2021 11:05 AM

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 01

Hyundai Sime Darby Malaysia dengan bangganya telah melancarkan Hyundai Staria 2021. MPV yang tampil dengan rekaan futuristik ini mampu memuatkan sehingga 7 penumpang, menjadikannya sebuah kenderaan ideal untuk pelbagai kegunaan. Menariknya, untuk pasaran Malaysia, Hyundai Staria akan disasarkan sebagai MPV mewah.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya 1 varian yang ditawarkan iaitu:

  • Hyundai Staria Premium berharga RM 358,888

Model Hyundai Staria 2021 ini dibawa secara CBU dari Korea Selatan.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 01

Pilihan enjin untuk Hyundai Staria terhad kepada enjin 2.2 liter turbo diesel (177 PS/431 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. 

Hyundai mendakwa kelajuan tertinggi 185 km/j, dengan masa pecutan 0-100 km/j selama 12.4 saat.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 02

Tiada tombol gear konvensional di sini

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 03

Rekaan Hyundai Staria diilhamkan oleh kapal angkasa. Selain itu, ia turut direka berdasarkan konsep Inside Out yang memberi fokus reka bentuk dalaman sebelum rekaan luar. Ia juga menggunakan bentuk badan satu garisan yang menjadikan kereta kelihatan elegan.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 04

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 05

Rim 18-inci, profil tayar 235/55 

Bahagian depan mempunyai jalur lampu LED melintang yang tampil seperti robocop. Lampu utama LED pula diturunkan pada bahagian lampu kabus. Penampilan yang radikal ini turut dibawa ke bahagian belakang dengan lampu menegak Parametric Pixel LED.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 06

Bahagian belakang kelihatan begitu bersih dan ringkas. Ruang yang besar didominasi oleh bukaan but belakang yang begitu besar, di samping lampu LED menegak yang memberikan rupa yang tinggi.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 07

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 08

Warna yang dipaparkan ini adalah perak Shimmering Silver Metallic yang menambahkan lagi suasana kapal angkasa Staria, pemilik boleh memilih antara 6 warna badan lain dan beberapa warna aksen untuk mengikuti citarasa.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 09

Hyundai Staria dilihat akan menggantikan Hyundai Grand Starex sebagai MPV terbaru dari Hyundai dan keputusan ini sangat dialu-alukan. Perbandingan saiz antara Staria dan Starex adalah seperti berikut:

2021 Hyundai Staria vs Hyundai Starex
Model/Dimensi Hyundai Staria Hyundai Starex
Panjang (mm) 5,253 (+84) 5,169
Lebar (mm) 1,997 (+77) 1,920
Tinggi (mm) 1,990 (+65) 1,925
Jarak Roda (mm) 3,273 (+73) 3,200

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 10

Kabin dalaman mempunyai sehingga 4 kombinasi pilihan warna.

  • Kelabu 2-tona
  • Hitam
  • Biru 2-tona
  • Coklat 2-tona

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 11

Ruang but belakang adalah sebanyak 431 liter secara standard dan ini boleh ditingkatkan mengikut kesesuaian dengan melipat atau menggerakkan kerusi baris ketiga.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 12

Hyundai Staria yang diperlihatkan menggunakan kemasan kulit Nappa di samping ciri keselesaan seperti pemanas kerusi, ventilasi kerusi dan banyak lagi. Malah, ia juga boleh dihidupkan secara jarak jauh.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 13

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 14

Kemasan Baldu di panel pintu

Kluster meter menggunakan paparan digital penuh 10.25 inci, sementara di konsol tengah terdapat skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Lubang udara turut direka bersepadu dengan konsol depan.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 15

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 16

Ciri premium tidak terhenti setakat itu. Terdapat 2 bumbung suria, penyaman udara automatik dwi-zon, langsir tingkap untuk penghuni barisan belakang, 5 port pengecasan USB (dan satu pengecas nirwayar), pencahayaan ambien 10 warna – dan sehingga 18 pemegang cawan.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 17

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 18

Pakej keselamatan Hyundai Smart Sense yang ditawarkan merangkumi ADAS yang meliputi fungsi seperti kawalan pelayaran pintar, sistem amaran dan brek automatik, sistem amaran titik buta dengan paparan titik buta pada sistem kawalan papan pemuka, sistem amaran lalu lintas belakang dan kamera pandangan 360 darjah.

Untuk aspek keselamatan standard, 6 beg udara dilengkapi di semua arah termasuklah beg udara sisi dan beg udara tirai.

Apa barang Alphard/Vellfire? Hyundai Staria 2021 rasmi dilancarkan dari RM 359k! 19

Adakah ia mampu menyaingi MPV mewah lain, lagi-lagi dalam pasaran recond? Atau lebih baik lagi, mampukan ia bersaing dengan model Toyota Alphard yang dibawa secara rasmi? 2021 Hyundai Staria berharga RM 358,888 dengan jaminan 5 tahun, tanpa jarak perbatuan.

Baca: Hyundai Staria Kinder 2021 - bas sekolah ‘futuristik’, boleh ganti Toyota Hiace dan Mercedes-Benz lama?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Staria 10-seater Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda