window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022!

Khairil ยท Feb 14, 2022 03:00 PM

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 01

Tak perlu sasaran yang rendah! Itu yang mungkin berada di fikiran legenda MotoGP, Valentino Rossi apabila menyasarkan kedudukan podium pada penampilan sulungnya di perlumbaan GT World Challenge Europe (GTWCE) musim ini.

Juara dunia sembilan kali perlumbaan dua roda itu bersara daripada kancah perlumbaan MotoGP, penghujung musim lalu. 

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 01

Tidak menunggu masa yang lama, Rossi mengumumkan dia sudah menandatangani kontrak bersama salah satu pasukan terbaik dalam kancah berkenaan iaitu W Racing Team (WRT) menggunakan jentera Audi R8 LMS GT3.

Dan dalam siri temuramah yang disiarkan WRT, Rossi mendedahkan bagaimana perjanjiannya dengan bos pasukan itu, Vincent Vosse tercapai selain sasarannya pada musim ini.

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 02

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 03

“Vincent datang berjumpa saya di Tavullia, saya gemar dengan pendekatan yang dia ambil. Saya gemar berlumba dengan Audi, dan pasukan ini amat kompetitif. Mereka sentiasa berjuang untuk menang, jadi ia amat mustahak," kata Rossi.

"Saya mahu mencuba kereta itu kerana saya tidak pernah memandu Audi, saya kemudian mencubanya di Valencia (Disember lalu) dan saya amat menyukainya. Kereka itu amat bagus untuk dipandu, ia kereta lumba yang amat hebat.

Juga baca: Ferrari dedah pernah 'pancing' Valentino Rossi untuk berlumba di F1

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 04

"Vincent berkata masa sepusingan saya tidak begitu buruk, jadi saya mempercayainya. Ini adalah pengembaraan baharu, dunia yang baru. Apa yang penting adalah kami perlu memahami tahap saya, kelajuan saya kerana kami tidak tahu.

"Saya berharap untuk menjadi kompetitif, bersaing untuk podium dan saya perlu membuktikannya kepada kamu pada musim ini."

Apa barang 'lepak' belakang, Vale intai podium pada debut GTWCE 2022! 05

Rossi sememangnya tidak asing dalam perlumbaan 'endurance' GT dan pernah berlumba di perlumbaan Gulf 12 Hours bersama Kessell Ferrari. Dia berjaya memenangi perlumbaan dan podium.

Begitupun, Rossi terlepas perlumbaan musim 2022 di Abu Dhabi selepas kontak rapatnya diuji positif virus Covid-19.

Juga baca: Tak sesuai, Valentino Rossi terlalu tua untuk projek Le Mans Hypercar Ferrari!

Sumber: Autosport
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda