window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'!

Khairil · Feb 15, 2022 01:00 PM

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 01

Belum pun hilang rasa terkejut dengan harga RM 95,000 yang diletakkan seorang penjual terhadap motosikal Yamaha 125ZR edisi terhad Movistar, baru-baru ini, tampil seorang lagi individu melakukan tindakan serupa namun dengan penawaran harga jauh lebih 'gila'. 

Turut menggunakan medium Facebook untuk memaparkan barang jualannya, pengguna media sosial dengan nama profil Aus Hana itu menjual motosikal Yamaha 125ZR edisi Movistar dengan harga RM 177,000.

Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 01

Dan sebagai tanda yang motosikal dijualnya adalah 'rare', tiada tawar menawar boleh dilakukan kepada bakal pembeli.

Melihat kepada imej motosikal yang diiklankan itu, ia adalah Yamaha 125ZR edisi Movistar Replica MotoGP 2017 dengan nombor siri ke-77 daripada 5,000 unit yang dihasilkan.

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 02

Berdasarkan kepada kondisi motosikal berkenaan, ia tampak seperti NOS atau 'New Old Stock' dengan beberapa panel masih dibalut dengan plastik namun berhabuk.

Hantaran itu turut disertakan kapsyen: "Bole ke nk lapar sohor..buka hrga jualan rm177k Xda tawar menawar Minat rogar guys..jual xkaya simpan bole buat collocter😁😄"

Juga baca: Yamaha 125ZR diiklan pada harga RM 95k, siap hashtag #simpanTakRugiJualTakKayo!

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 03

Seperti yang berlaku beberapa hari lalu, kecoh di ruangan maya apabila seorang individu dengan nama profail FB Zack Bangi menjual motosikal Yamaha 125ZR dengan harga RM 95k.

Dan seperti Zack Bangi, hantaran FB Aus Hana turut dilimpahi dengan pelbagai komen yang majoritinya mengecam harga jualan yang diiklankan. Malah ada yang turut tidak dapat menahan diri daripada mengeluarkan perkataan kesat.

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 04

Seorang warganet, Achik Jai menulis: "Ni cuma limited edition... belum ada sentimental value pn model ni."

Seorang lagi pengguna FB, AmIrul FaIz mempersoalkan sesuatu yang lebih unik: "Moto nie boleh lepas titian sirat ke?haha. 

Juga baca: Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!

Apa barang puluh-puluh ribu, Yamaha 125ZR ni diiklan pada harga RM 177k, 'Tiada nego'! 05

Muhammad Hafizul Hilmi pula memberikan komen yang turut mencipta persoalan: "Rilek2.. tak lama owner akan up "motor sold.. padu fighter" sambil gambo pegang duit dengan owner baru.. pakiu"

Juga baca: Yamaha RXZ-NOS tahun 2010 'koyak plastik' dijual pada RM 115k, rekod baru?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda