window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan?

Zamil Syaheer Β· May 9, 2021 11:59 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mungkin apa yang anda akan ambil kisah adalah bagaimana ‘feel’ LM 350 ini? Bagi mana yang mempunyai perasaan ingin tahu tentang MPV kayangan ini, mari kita huraikan apa yang 'best' dan 'tak best'.

Benda yang 'best' – rupa yang gah dan agung

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 01

Ini gril ke pagar rumah?

Bermula dengan gril spindle di bahagian depan (BMW kena belajar dari Lexus nak buat gril besar) yang dipadankan dengan lampu LED DRL Lexus, memang ketara bezanya dengan Alphard/Vellfire.

Tapi bagi mana yang tak nampak-nampak juga bezanya, kami nak tunjukkan beberapa tanda-tanda unik yang membezakannya.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 02

Roda krom metalik berukuran 18 inci, trim krom motif katana (diilhamkan oleh Lexus LC) pada pintu gelangsar belakang, dan juga lampu depan LED tiga-projektor. Gabungan ini membuatkan LM nampak agung di jalan raya.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 03

Trim krom motif katana - mana yang 'convert' Alphard/Vellfire mereka, benda ini mesti diorang tak buat.

Rasa macam terlalu melampau? Itulah poin sebenar kereta ini. Anda takkan beli Lexus LM kerana anda memerlukannya, sebaliknya anda membelinya sebab anda boleh.

Pilih warna White Pearl Crystal Shine, dan semua mata akan memandang anda, sama ada sedang parkir mahupun bergerak.

Benda yang 'best' – interiornya 100% Lexus sejati, bukan Toyota

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 04

Papan pemuka yang berbeza dari Alphard/Vellfire.

Jika anda perlukan bukti apakah yang membuatkan Lexus LM 350 ini berharga RM 1,106,513, cuba duduk dalam. Trim interior, kualiti binaan, dan suasana kabin TIDAK SAMA langsung dengan mana-mana Alphard atau Vellfire yang anda pernah duduk.

Senang cerita, ianya terasa mahal, mewah, dan berkelas. Ini adalah ciri-ciri utama Lexus.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 05

Apa barang pakai "cermin"?

Satu lagi ciri mewah di bahagian interior ialah cermin pandangan belakang digital. Lihat, tempat depan dihalang dari belakang untuk privasi (kereta kayangan kan…) oleh itu, mempunyai cermin pandangan belakang tradisional tak berguna sebab tak boleh nampak apa-apa.

Oleh itu, Lexus berpendapat penggunaan cermin digital sepenuhnya lebih sesuai. Cun kan?

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 06

Maaf tuan, ada dua je tempat duduk kat belakang...

Tetapi di bahagian belakanglah dimana magisnya bermula. Kalau Alphard/Vellfire ada tempat duduk untuk lima orang di belakang, LM 350 hanya ada.... dua. Kedua-dua tempat duduk adalah tempat duduk paling mewah ala ‘business class’.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 07

Lihatlah di sekeliling interior LM 350 ini…ada kemasan kulit lembut, skrin 26 inci untuk anda membincangkan cara untuk menggandakan wang anda, dan sistem suara Mark Levinson 19 pembesar suara terasa seperti di studio rakaman. Ruang kepala belakang dan ruang kaki – usah ditanya, bola tenis pun tak cukup.

Benda tak 'best' – hanya untuk empat orang sahaja

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 01

Okay, RM 1.1 juta untuk sebuah ‘istana mewah bergerak’ itu sendiri agak luarbiasa, tapi hanya empat orang sahaja yang boleh duduk. Tapi jika anda membeli Mercedes-Benz S-Class atau Lexus LS, sama juga, dan kedua-dua kereta ini pun lebih kurang sama tarafnya.

Jadi apakah poin tambahan pada Lexus LM 350, selain daripada mudah untuk keluar dan masuk?

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 02

MPV 7 tempat duduk mewah, terulung, dan megah? Setakat ini, tiada pengeluar kenderaan yang melakukannya (Alphard/Vellfire tak dikira). Tetapi, Lexus ada menawarkan LM dengan 7 tempat duduk, tetapi ianya tidak dijual di Malaysia setakat ini.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 03

Secara peribadi, mempunyai Lexus LM 350 4 tempat duduk macam tiada ‘function’. Membeli kereta dengan ukuran dan perawakan ini bermakna boleh membawa ahli keluarga anda, bukan?

Atau mungkin akaun bank saya tidak begitu tebal untuk memahami tingkah laku pengguna 1 peratus.

Benda tak 'best' – but belakang tidak berkuasa

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 04

Anda kena buka but belakang secara manual. "Hinanya!"

Ini benda yang agak pelik. Lexus LM 350 dilengkapi dengan pintu belakang yang dikendalikan secara elektrik....yang tidak boleh dibuka secara elektrik. Apahal? RM 1.1 juta dan anda mengharapkan saya membukanya secara manual? Buat malu je.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 05

Operasi elektrik hanyalah untuk menutup but belakang.

Kata Lexus, ini adalah atas dasar keselamatan kerana but belakang ini terlalu besar untuk dibuka secara elektrik. Namun begitu, but belakang Lexus RX pun lebih kurang sama saja…jadi kenapa yang tu boleh?

Rakan sekerja saya, Adrian, berpendapat bahawa pemilik kereta ini akan mempunyai pelayan/pemandu peribadi untuk membuka but ini untuk mereka. Tetapi, kalau pelayan/pemandu itu tidak bertugas, macam mana?

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 06

Bagi saya, ini tidak boleh diterima langsung bagi kereta yang mahal sebegini, lebih-lebih lagi jika anda ingin membezakannya dengan Toyota Alphard/Vellfire. Apa benda lah…

Konklusi - kereta kayangan memang unik

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 07

Garis krom eksklusif LM di sekitar tingkap dan roda adalah sentuhan khas, berbeza dari 'convert'.

Sekadar mengulangi, tidak ada individu yang sengaja keluar dan membeli Lexus LM 350 atas dasar keperluan.

Seperti yang disebutkan oleh rakan sekerja saya Hans, ada segelintir yang sanggup membuat tempahan sekiranya pemandu peribadi mereka suka memandu MPV mewah ini. Lain macam golongan kayangan ni kan?

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 08

Tidak dinafikan bahawa Lexus LM 350 mempunyai tarikan yang unik. Pada tahap pembelian kereta yang setinggi ini, anda tidak akan peduli dengan spesifikasi dan pengalaman memandu. Yang lebih penting ialah anda mempunyai salah satu dari ini, dan individu yang lain tidak.

Apa benda 'best' pasal Lexus LM 350? Ibarat Toyota Alphard/Vellfire 'convert' je kan? 09

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Lexus LM350 4-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda