window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Mersita · Jun 30, 2020 02:06 PM

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 01

ADAS ialah singkatan bagi Advanced Driving Assist System. Ia merangkumi semua sistem keselamatan aktif di dalam sesebuah kereta dan ia telah menjadi terma automotif yang kerap digunakan sejak 2014.

Semakin banyak kereta baru kini didatangkan dengan ADAS, termasuklah Perodua Bezza Advanced facelift yang dipadatkan dengan sistem versi Perodua. Oleh itu, apa sebenarnya yang ada pada ADAS?

Ada banyak sistem yang dirangkumi oleh ADAS. Senarai ini akan memfokuskan sistem-sistem yang biasanya ada pada kebanyakan kereta yang dikeluarkan.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Blind Spot Monitor (BSM) / Pengesan Titik Buta

Sejak dari dahulu lagi, titik-buta ialah perkara yang mendatangkan risiko yang tinggi bagi pengguna jalanraya. Oleh itu, BSM telah dicipta untuk menurunkan tahap risiko ini.

Kebanyakan sistem BSM seperti yang ada pada kereta Volvo dan Toyota Yaris didatangkan dengan lampu berkelip pada cermin sisi. Beberapa jenis BSM menghasilkan bunyi lantang untuk memberi amaran kepada pemandu tentang objek berpotensi pada titik-buta mereka seperti yang boleh didapati pada Toyota Vios.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 01

Rear Cross-Traffic Alert (RCTA) / Amaran Trafik-Lalu Belakang

Rear Cross-Traffic Alert selalunya berfungsi bersama-sama dengan sistem BSM kereta tersebut.

RCTA akan berfungsi apabila kereta berada pada gear undur (reverse gear) dan pengesannya akan mengesan objek di sekitar bahagian belakang kereta - tidak mengira objek tersebut sedang bergerak atau tidak.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 02

Area view / 360-degree reverse camera / Pandangan sekeliling / Kamera undur 360 darjah

Satu lagi kelengkapan yang boleh mengelakkan kemalangan disebabkan titik-buta, terutama sekali apabila memarkir kereta.

Sistem ini menggunakan kamera yang diletakkan secara strategik di sekeliling kereta selalunya pada cermin sisi, gril hadapan dan dibawah penutup but untuk memberi pemandu pandangan dari atas (bird’s eye view) sekeliling kereta.

Kereta yang paling mampu-milik yang didatangkan dengan kamera 360 darjah di Malaysia ialah Toyota Vios baharu.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 03

Autonomous Emergency Braking (AEB) / Brek Kecemasan Berautonomi

Autonomous Emergency Braking, atau lebih dikenali sebagai AEB, juga dikenali dengan pelbagai nama-nama lain. Toyota memanggilnya Collision Avoidance System (Sistem Pengelakan Perlanggaran) atau sistem pra-perlanggaran. Nissan pula memanggilnya Forward Collision Warning (Amaran Perlanggaran Kedepan), manakala Mercedes-Benz pula mengenalinya sebagai Active Brake Assist (Bantuan Brek Aktif).

Sistem ini berfungsi dengan menggunakan kamera atau pengesan, sama seperti kereta-kereta Perodua, dimana ia mengesan objek yang sedang menghampiri pada kelajuan rendah (30 km/jam – 65 km/jam). Brek akan diaktifkan untuk mengelak daripada perlanggaran.

Beberapa sistem AEB berfungsi hanya terhadap objek yang bersaiz lebih besar daripada kereta tersebut, seperti Advanced Safety Assist (A.S.A) generasi pertama yang ada pada Perodua Myvi. Tetapi kebanyakan sistem AEB, seperti A.S.A 2.0 Perodua Aruz, boleh mengesan objek yang lebih kecil seperti motosikal dan pejalan kaki.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 04

Lane Keep Assist (LKA) / Lane Departure Warning System (LDWS) / Bantuan Kekal Laluan / Sistem Amaran Keluar Laluan

Lane Keep Assist / Lane Departure Warning System telah direka untuk memberi amaran kepada pemandu setiap kali kereta bergerak keluar daripada laluan atau lorong jalannya melainkan lampu signal dipasang.

Sistem ini menggunakan samada pengesan infrared yang dipasang di belakang cermin hadapan/cermin pandang belakang atau pengesan laser yang dipasang pada bahagian hadapan kenderaan tersebut.

Lane Departure Warning hanya akan mengeluarkan bunyi bip dan satu ikon akan menyala pada kluster instrumen untuk memberi amaran kepada pemandu yang kereta terkeluar dari landasannya. Kereta yang dipadatkan dengan Lane Departure Warning termasuklah Proton X70 dan Nissan X-Trail.

Bagi Lane Keep Assist pula, seperti yang ada pada Toyota Corolla Altis dan Hyundai Ioniq, ia akan mengeluarkan sedikit gegaran pada stereng untuk mendapatkan perhatian pemandu dan bukannya membantu kereta beralih balik ke lorong yang dipandu.

Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda? 05

Adaptive Cruise Control (ACC) / Kawalan Peluncuran Adaptif

Semakin banyak kereta kini dipadatkan dengan ACC, satu sistem yang menggunakan radar untuk melaraskan kelajuan kereta secara automatik untuk mengekalkan jarak selamat dengan kereta di hadapan. ACC juga dikenali sebagai Dynamic Cruise Control.

Kereta-kereta seperti Honda CR-V, Honda Civic dan Honda Accord didatangkan dengan ACC versi Honda, sebahagian daripada sistem keselamatan Honda Sensing suite. ACC pada Lexus UX pula amat digemari ramai kerana ketepatannya yang lancar apabila mengekalkan jarak selamat dengan kereta di hadapan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda