Artikel ini dibuat bukanlah untuk mengkondem Proton Saga. Artikel ini hanya sekadar ingin memberi sedikit sudut pandang berbeza bagi pembaca yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta ini.
Sebagai seorang pemilik Proton Saga 2020 baru, kereta ini mudah menjadi kereta kegemaran saya. Tidak dinafikan, ramai yang menggemari Proton Saga 2020 baru ini kerana nilainya. Memang juara kereta rakyat Malaysia!
Dengan harga dibawah RM 40,000, siapa yang mampu menandingi Proton Saga dalam aspek nilai? Kendalian pemanduan yang bagus, kualiti binaan juga baik ditambah dengan sistem infotainment ‘terapung’ yang selalunya ada pada kereta mewah, tidak hairanlah sekiranya tahun 2020 menyaksikan Saga unggul sebagai kereta terlaris di Malaysia.
Namun, hari tidak selalunya cerah dan Proton Saga juga tidak semuanya bagus. Memang mudah untuk memuji Proton Saga disebabkan kelebihannya namun baik dan buruk datang sekali.
Bercakap mengenai kecerahan, Proton Saga dilengkapi dengan map light LED. Lampu yang dibekalkan oleh Geely ini sangat berkualiti tetapi hanya menerangi bahagian hadapan sahaja.
Ini bermakna bahagian belakang Proton Saga akan menjadi sangat gelap. ‘Penjimatan’ seperti ini seakan-akan kurang berbaloi dalam usaha mengejar harga yang berpatutan.
Kekurangan Proton Saga tidaklah begitu ketara apatah lagi jika anda hanya pandu uji sahaja kereta ini. Sekali imbas memang tak rasa. Dua kali pandu uji juga belum tentu rasa.
Hal ini kerana kelemahan Proton Saga adalah pada tempat duduk belakang penumpangnya. Struktur ergonomik tempat duduk belakangnya lebih rata, kurang menyokong lipatan kaki dengan ketiadaan headrest.
Aspek ini bukanlah suatu masalah yang ketara namun disebabkan Perodua Bezza menawarkan tempat duduk belakang yang lebih selesa, pastinya Proton Saga dilihat ketinggalan dalam bab ini.
Selain itu di tempat duduk pemandu pula, posisi corong aircond pada papan pemuka tengah agak rendah. Steering Proton Saga juga terletak tidak selari dan sedikit ke kiri. Adakah steering Proton Saga anda juga sama?
Akhir sekali, Proton Saga tidak mempunyai sebarang fungsi kemasukan tanpa kunci dan butang tekan mula. Ini juga kekurangan yang ketara di mana Perodua Axia juga turut mempunyai kedua-dua fungsi ini. Juga tiada sebarang tombol/butang untuk membuka but belakang dari dari luar.
Ramai yang mengatakan bahawa tidak layak bagi kita untuk mengeluh dengan Proton Saga. Namun sebagai pengguna, kita seharusnya memberi maklum balas yang baik sebagai kritikan membina terhadap Proton.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Proton Saga 1.3 Standard MT
Upgrade
Add your car