window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris?

Haris · May 30, 2020 08:00 PM

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris? 01

Berdasarkan spesifikasi, Vios ternyata lebih baik. Dilengkapi dengan 7 beg udara, Pandangan Panorama 360 darjah, pengalaman memandu yang cemerlang, kabin yang senyap (hanya 69 dB pada 110 km/j berdasarkan ujian kami) dan banyak lagi. Toyota Vios juga ditawarkan pada harga yang sangat menarik bermula dari RM 77,200 hingga RM 87,300 untuk varian paling atas.

Dengan spesifikasi atas kertas yang lebih kurang sama, jadi apa yang tak kena? Sudah tentu ada ciri-ciri yang dilihat kecil di atas kertas namun akan memberikan impak apabila kita akan menggunakan jentera ini sehari-harian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris? 01

Kedua-dua model kereta ini didatangkan dengan Bantuan Titik Buta (Blind-Spot Monitor) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert). Kedua-duanya berfungsi dengan lampu yang berkelip pada cermin sisi namun terdapat satu perbezaan kecil yang ketara menjadikan kami tanpa ragu-ragu memilih Toyota Yaris.

Perbezaan tersebut adalah Bantuan Titik Buta pada Toyota Vios turut disertakan dengan bunyi beep yang kuat dan nyaring!

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris? 02

Bunyi beep tersebut sangat menjengkelkan. Bayangkan setiap kali anda ingin menggunakan tombol signal untuk membelok, sistem tersebut akan dibunyikan. Tambahan pula, kami baru memuji keadaan kabin Vios yang begitu senyap.

Kebanyakan sistem Bantuan Titik Buta (Blind-Spot Monitor) boleh ditutup atau sekurang-kurangnya dikurangkan kelantangan. Malangnya, tiada kedua-dua tetapan tersebut pada Vios!

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris? 03

Sedangkan sistem yang sama boleh ditemui pada Toyota Yaris tanpa sebarang bunyi beep tersebut. Satu-satunya bunyi yang ada pada Yaris adalah ketika berundur kerana sistem Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert) sedang berfungsi.

Apa kurangnya Vios sehingga kami memilih Yaris? 04

Justeru itu, walaupun Vios dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem keselamatan, ciri keselesaan bahkan pengalaman pemanduan yang lebih cemerlang. Namun, bunyi Sistem Bantuan Titik Buta (Blind-Spot Monitor) yang nyaring tidak sesuai dengan kami. Seterusnya, kami cenderung memilih Yaris walaupun Yaris adalah hatchback dan bukannya sedan seperti Vios.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda