window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan?

Haris · Dec 16, 2020 04:00 PM

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 01

Umum mengetahui bahawa Perodua Aruz merupakan model rebadge daripada Toyota Rush.

Walaubagaimanapun, spekulasi terbaru dari Otodriver telah menimbulkan tanda tanya bagi nasib Perodua Aruz. Toyota Rush dikatakan akan digantikan dengan SUV segmen B yang lain iaitu Toyota Yaris Cross.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 01

Sudah dilancarkan di Jepun

Hal ini kerana Toyota Rush dibangunkan dengan platform yang sama dengan Toyota Avanza. Laporan kami sebelum ini mendapatigambar intipan Toyota Avanza akan hadir dengan platform baru FWD berbanding platform RWD yang ada sekarang.

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 02

Jika platform Toyota Avanza diperbaharui di samping dengan kehadiran SUV segmen B baharu iaitu Toyota Yaris Cross, Toyota Rush mungkin akan digugurkan dari barisan model SUV Toyota di rantau ASEAN.

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 03

Justeru, nasib Perodua Aruz juga kini dalam limbo. Bagaimana pula dengan halatuju Perodua Aruz selepas ini?

Perodua Aruz mungkin akan menerima kemaskini facelift dan dijual dalam suatu jangka masa yang lama, seakan-akan sama dengan situasi Perodua Alza ketika ini.

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 04

Kereta konsep Daihatsu DN Multisix

Atau Perodua Aruz akan dibangunkan semula menjadi model serba baru untuk kemaskini seterusnya.

Lagi pula, spekulasi tersebut turut menjelaskan bahawa pengguguran Toyota Rush mungkin akan berlaku sekitar tahun 2022. Ini memberikan sedikit ruang dan peluang untuk Perodua bagi membuat perancangan terhadap SUV kegemaran rakyat marhaen itu.

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 05

Rear differential pada Toyota Avanza RWD sekarang

Generasi Toyota Avanza FWD yang bakal dibangunkan tersebut berkemungkinan besar akan menjadi model rebadge bagi Perodua. Sama ada ia jatuh di bawah tanda nama Alza atau Aruz masih tidak dapat dipastikan.

Apa nasib Perodua Aruz selepas khabar angin Toyota Rush bakal dihentikan? 06

Dalam masa 2 bulan iaitu Oktober dan November 2020, Perodua Aruz telah mencapai jumlah jualan sebanyak 5,810 unit berbanding Perodua Alza dengan 3,639 unit. 

Model mana pula yang patut digantikan oleh Perodua? Nyatakan di bahagian komen.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Aruz 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda