window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya?

Faisal · Sep 7, 2020 03:29 PM

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 01

Honda Civic mempunyai kabin yang dicipta oleh falsafah man maximum, machine minimum. Falsafah ini sentiasa dipertingkatkan oleh Honda daripada generasi ke generasi. Dalam erti kata lain, ia menggunakan semua ruang yang ada untuk memberikan pengalaman kabin yang paling luas.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 02

Mari kita lihat penelitian kabin Civic supaya anda mempunyai pandangan yang lebih jelas akan falfasah Honda yang unik ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ciri praktikal

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 01

Terdapat banyak reka bentuk yang diolah untuk memuatkan pelbagai barang. Ia juga direka supaya kabin sentiasa kelihatan bersih.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 02

Pada bahagian konsol tengah, ia memiliki ruang di bahagian bawah yang boleh digunakan untuk meletak beg dompet dan telefon supaya pemandu terlindung daripada sebarang gangguan untuk mengoperasi tombol gear.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 03

Bahagian tersebut juga mengandungi soket kuasa 12 V, penyambung HDMI, dan port USB yang boleh menyambungkan telefon anda kepada sistem infotainment selain mengecas alat peranti yang mempunyai sambungan yang sama.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 04

Pada masa yang sama, terdapat ruang simpanan di tempat meletak lengan yang boleh memuatkan sebuah tablet. Ia turut dilengkapi dengan port USB seperti di bahagian bawah konsol.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 05

Pada bahagian tepi, semua pintu mempunyai ruang penyimpanan yang boleh memuatkan botol minuman dan lain-lain.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 06

Ruang ini cukup dalam dan lebar untuk memuatkan botol minuman ataupun bahan bacaan.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 07

Bercakap tentang ruang, Civic juga didatangkan dengan penyaman udara untuk penumpang belakang.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 08

Penumpang di belakang juga memiliki tempat meletak lengan di bahagian tengah yang turut dilengkapi dengan dua pemegang minuman.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 09

Sekiranya anda memerlukan ruang maksimum, anda boleh melipat kerusi belakang yang mempunyai nisbah lipatan 60:40 untuk mengakses ke ruang but yang berisipadu 519-liter.

Ciri ergonomik

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 10

Pada model facelift, butang jenis sesentuh pada kawalan infotainment dan kelajuan kipas telah digantikan dengan butang fizikal yang sebenar.

Walaupun kelihatan kurang moden, butang jenis fizikal lebih mudah untuk digunakan. Anda sudah tidak perlu mencari kawalan untuk melaras tetapan walaupun ketika memandu.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 11

Selain itu, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay turut didatangkan pada sistem infotainment Honda Civic.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 12

Apabila dipadangkan dengan telefon, kluster instrumen turut memaparkan arah panduan navigasi supaya ia sentiasa berada dalam sudut pandangan pemandu.

Kelemahan

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 13

Dalam hidup ini, tiada benda yang sempurna. Begitu juga dengan Honda Civic. Sebaik mana sekalipun penyusunan pada bahagian kabin, terdapat beberapa perkara yang agak sukar untuk dikendalikan. Contohnya dalam aspek kemudahan penglihatan.

Walaupun ruang penglihatan agak baik, bahagian tiang A (A-pillar) agak menganggu sudut pandangan dari bahagian kerusi hadapan. Dengan ketinggian kerusi yang rendah pada Civic generasi ini, penumpang dan pemandu akan mengalami sedikit kesukaran untuk melihat ke luar.

Apa yang membuatkan kabin Honda Civic 2020 terbaik di dalam kelasnya? 14

Di samping itu, pintu terasa agak berat untuk dibuka mahupun ditutup. Hal ini disebabkan oleh kedudukan pemegang pintu yang berada terlalu hadapan.

Rumusan

Honda Civic mempunyai pakej yang lengkap. Ia mempunyai gaya yang menarik, kualiti pemanduan yang seimbang, dan kabin yang sangat praktikal.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai Honda Civic 2020, ikuti rebiu kami di dalam video di bawah:

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda