window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta?

Haris · Nov 6, 2020 08:00 PM

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 01

Dapat sahaja kereta baru, tentu ramai pembeli terus merancang untuk melakukan sedikit sebanyak perlindungan pada cat dan sebagainya. Apatah lagi model baru, tentu bangga meluncur di jalan raya dalam keadaan yang berkilat. Maka ramailah yang mencari harga polish kereta, harga coating kereta dan dan beza polish dan wax. 

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 02

Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish kereta, wax kereta atau coating kereta, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish kereta, wax kereta atau coating kereta ni?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Aduh, kereta ada tompok air dah! Macam mana nak hilangkan?

Perlu polish / wax / coating kereta baru?

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 01

Lagi-lagi kalau ambil warna khas

Kereta anda memang baru tetapi cat yang mewarnai badan kereta telah lama berada pada kenderaan tersebut. Pernah tengok tempat letak kereta sebelum sampai ke tangan anda? Ia terdedah dengan panas matahari, tinja burung, debu dan pelbagai kotoran lagi.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 02

Terdedah sebelum sampai ke tangan anda

Sudah tentu, kereta yang sampai di tangan anda nampak berkilat. Hal ini kerana mereka adalah penjual dan tentunya seorang penjual mahu produk jualan mereka nampak baru. Semua kereta yang baru diterima anda sudah pun menerima sekurang-kurangnya proses wax kereta.

Tujuannya adalah bagi menaikkan seri kenderaan tersebut. Macam pengantin juga ya. Kalau dengar cakap penjual, Proton X50 pun dikatakan teknologi Volvo jadi berpada-pada dengan sebarang nasihat orang yang sedang menghidu duit anda.

Baca: Geely sahkan enjin Proton X50 TAK SAMA dengan Volvo XC40!

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 03

Pembiasan cahaya yang berlari-lari di badan kereta baru anda

Keperluan untuk menjaga cat kenderaan tertakluk kepada individu. Antara golongan yang sesuai untuk melakukan wax atau coating pada kenderaan adalah:

  1. Mahu kereta berkurangan susut nilai
  2. Menganggap kereta sebagai imej dan status
  3. Suka kereta bersih dan mudah dibersihkan
  4. Elak cat kereta kusam, lampu kekuningan
  5. Ada duit lebih 

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 04

Suka basuh kereta? Lindungi kereta anda dari sebarang campuran kimia

Oleh itu, jika anda berminat untuk melakukan sebarang perlindungan atau mengilatkan kenderaan, di bawah adalah panduan dan perbezaannya.

Polish kereta (Kilat)

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 05

Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish kereta bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara mencuci biasa. Polish juga dilihat sebagai langkah pertama daripada 2 langkah penjagaan kereta lain. Tertakluk kepada tempat, polish kereta murah.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 06

Selalunya jika ada calar-calar halus, polish kereta terbaik untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. 

Kekurangan polish kereta adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta. Perlu diingatkan, mahal murah polish kereta ini juga tertakluk kepada skil pekerja.

Wax Kereta

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 07

Wax kereta selalu datang dalam bungkusan produk

Apa beza polish dan wax? Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax kereta akan habis dalam jangkamasa sekitar 3 bulan, bergantung kepada keadaan. Berbanding coating, wax kereta murah sedikit.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 08

Bukan sekadar sapu. Kredit gambar: Carjunction

Kelebihan wax kereta adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan. Bagi yang skeptik, elakkan daripada mengambil pilihan wax daripada kedai basuh kereta amatur. Jika anda percaya kebolehan pekerja yang membasuh kereta anda, mungkin boleh pertimbangkan wax kereta ini.

Coating Kereta

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 09

Yang lama jadi baru

Coating kereta merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating kereta lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambah kilat dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating kereta juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul. Kebiasannya, coating kereta mahal.

Kereta tahan calar selepas coating?

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 10

Sumber: Esoteric

Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating kereta. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 11

Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan, ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 12

Bukan kejap nak keringkan bagi rata

Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating kereta maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.

Tips tambahan

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 13

Sumber: Forensic Detailing

Berhati-hati dengan harga servis wax kereta murah dan coating kereta murah. Seperti yang didedahkan, kadangkala peniaga memaparkan harga coating yang sangat murah tetapi sebenarnya anda perlu melakukan polish, colour correction dan gloss enhancement sebelum mendapatkan harga coating murah tersebut.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 14

Ada barang tak ada skil belum tentu jadi

Seperti mana servis-servis yang dilakukan terhadap kereta, skil adalah lebih penting berbanding harga. Pastikan peniaga pusat kecantikan kereta yang anda kunjungi itu berpengalaman dan memiliki maklum balas yang memuaskan.

Apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan polish, wax atau coating kereta? 15

Terdapat juga isu peniaga yang menjual kad keahlian terlebih dahulu sebelum lesap begitu sahaja. Apa-apa pun, berwaspada dengan sebarang tawaran yang tak masuk akal. Baca juga panduan menghilangkan watermark kereta, langkah pertama sebelum berjinak-jinak ke dunia kecantikan kereta.

Baca juga: Panduan: Tinted gelap tak semestinya sejuk, ini segalanya tentang tinted kereta!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda