window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital!

Haris ยท Jun 23, 2020 09:37 AM

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital! 01

BMW bakal menjadi pengeluar pertama yang menggunakan ciri Apple Carkey oleh syarikat gergasi teknologi, Apple. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk membuka kunci kereta dan menghidupkan kereta hanya dengan menggunakan iPhone. Fungsi ini akan hadir pada BMW 5 Series 2021.

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital! 01

Carkey akan menambat kereta BMW sebagai peranti kepada iPhone ataupun Apple Watch. Kemudian, pengguna boleh berkongsi kunci kereta digital kepada ahli keluarga yang lain ataupun rakan. Jangan khuatir kerana fungsi ini boleh dimatikan sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan telefon pintar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital! 01

Untuk menggunakan Apple Carkey, anda hanya perlu sentuh telefon anda pada pemegang pintu atau pada pembaca NFC untuk membuka kunci kenderaan, kemudian letakkan telefon anda pada pengecas tanpa wayar Qi dan tekan butang mula untuk menghidupkan kereta.

Kunci kereta digital ini akan tersedia pada peranti Apple yang dilengkapi dengan sistem operasi iOS 13 serta sistem iOS 14 yang akan datang. 

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital! 02

Idea untuk menggunakan telefon telah lama dikaji. Beberapa syarikat kereta dan telefon pintar telahpun bekerjasama di bawah Car Connectivity Consortium untuk menghasilkan rangka asas yang standard untuk kegunaan bersama. Hasilnya adalah Apple Carkey yang ditawarkan Apple pada BMW 5 Series ini.

Apple Carkey bakal hadir ke BMW 5 Series. Guna iPhone sebagai kunci kereta digital! 03

Antara syarikat yang terbabit dalam kerjasama tersebut adalah Apple, Audi, BMW, General Motors, Hyundai, LG, Panasonic, Samsung dan Volkswagen.

Adakah anda berminat untuk menggunakan peranti anda sebagai kunci kereta digital?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda