window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi!

Khairil ยท Feb 26, 2021 07:00 PM

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 01

Pada Oktober tahun lalu, syarikat pengeluar motosikal Itali, Aprilia memperkenalkan secara global jentera 'Sportbike' kelas pertengahannya iaitu Aprilia RS660 versi 2021.

Dan selepas penantian selama beberapa bulan, jentera hebat berkenaan dikhabarkan akan menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan laporan beberapa laman sesawang automotif tempatan, motosikal yang buat pertama kali diperkenalkan secara konsep di pameran motosikal EICMA di Itali pada 2018 itu akan dijual pada julat harga sekitar RM 60,000.

Berkembangan berkenaan jelas mengujakan buat peminat jentera Sportbike kelas pertengahan khususnya dari jenama Aprilia kerana Aprilia RS660 2021 membawa sekali reka bentuk garang mirip 'abangnya', RSV4.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 01

Bukan saja tiba dengan perwatakan garang dan sporty, RS660 2021 juga menawarkan prestasi yang mengagumkan bersama dengan teknologi canggih yang boleh menggoyangkan iman.

Melihat kepada spesifikasi global, Aprilia RS660 2021 menggunakan enjin bersesaran 659 cc, Parallel Twin, DOHC, Penyejukan Cecair. Apa yang menarik, ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa maksimum 100 Hp pada 10,500 rpm dan tork 67 Nm pada 8,500 rpm.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 02

Selain itu, Aprilia RS660 2021 turut dipadankan dengan teknologi terkini dan canggih seperti sistem kawalan traksi ATC (Aprilia Traction Control), AWC (Aprilia Wheelie Control), ACC (Aprilia Cruise Control), AQS (Aprilia Quick Shift), AEB (Aprilia Engine Brake), AEM (Aprilia Engine Map) dan Cornering ABS.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 03

Bersama dengan sistem tunggangan Ride-by-Wire, ia turut memiliki lima mod tunggangan iaitu tiga untuk jalan raya (Commute, Dynamic, Individual) dan dua mod (Challenge , Time Attack) untuk beraksi di litar.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 04

Untuk paparan kluster instrumen digital, ia datang dengan warna penuh TFT bersama sistem Aprilia MIA bagi sambungan ke telefon pintar yang membolehkan penunggangnya mengakses pelbagai perkara termasuk panggilan telefon dan sistem navigasi.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 05

Di bahagian roda, ia menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) Kayaba boleh laras 41 mm di bahagian depan dan monoshock boleh laras jenis spring prabeban dan lantunan balik di belakang.

Sistem brek pula adalah dari jenama Brembo dengan brek cakera 320 mm dengan kaliper radial 4-piston di bahagian depan dan brek cakera 220 mm dengan kaliper 2-piston Brembo di bahagian belakang.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 06

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 07

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 08

Keunikan Aprilia RS660 2021 dikuatkan lagi dengan reka bentu lampu depan dan lampu siang (DRL) LED yang disepadukan bersama lampu signal yang menarik manakala rekaan di bahagian belakang yang pendek seperti RSV4.

Aprilia RS660 2021 bakal tembus pasaran Malaysia tak lama lagi! 09

Sebagai tambahan, jentera ini memiliki berat kering 169 kg dengan kapasiti tangki minyak 15 liter dan pilihan warna yang ditawarkan ialah Acid Gold, Lava Red dan Apex Black.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda