window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi?

Khairil · Sep 18, 2022 02:00 PM

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 01

Sebagai model skuter yang datang daripada jenama pengeluar motosikal premium Itali, Aprilia SR GT 200 memang tidak boleh dilabel 'biasa-biasa'.

Dihasilkan dengan misi 'menggegar' segmen yang kian popular, skuter 'Adventure' atau ringkasnya ADV, kehadiran Aprilia SR GT 200 di pasaran Malaysia jelas sesuatu yang dinantikan.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 01

Tetapi tiba dengan harga yang agak keras, perlu dijangka kerana ia jenama Eropah - bermula RM 19,900 (asas), perlu ada sesuatu yang istimewa pada Aprilia SR GT 200 berbanding jenama lain bagi membuatkan pembeli tertarik.

Juga baca: Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia!

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 02

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 03

Sebagai info, selain varian Standard yang dijual pada harga asas RM 19.9k, ada juga varian Sport yang dijual pada angka harga RM 20,900 (asas). Tetapi jangan diharapkan sesuatu yang berlebihan, dengan harga lebih RM 1k, perubahan yang diperoleh hanyalah di bahagian kosmetik.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 04

Diberi peluang oleh Aprilia Malaysia untuk mengujinya, baru-baru ini, inilah ulasan daripada kami di WapCar. Semoga bermanfaat.

Rekaan

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 05

Sebut saja motosikal buatan Eropah terutama Itali, apa yang tidak perlu dibimbangkan oleh pembeli adalah mengenai rekaan. Seperti genrenya iaitu ADV, Aprilia SR GT 200 memang garang, unik dan boleh membuatkan orang jatuh hati. 

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 06

Tidak sekadar pandangan kasar, perincian skuter ini juga ditekankan. Beberapa panel dipadankan dengan kemasan plastik ala karbon yang menarik. Justeru, tidak terlalu keterlaluan menyifatkan ia adalah skuter ADV paling 'hensem' dalam kelasnya di pasaran Malaysia ketika ini.

Kuasa

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 07

Sekalipun bernadikan enjin buatan Aprilia, jangan diharapkan SR GT 200 penuh berkuasa kerana seperti namanya, sesaran enjinnya adalah rendah. 

Tetapi dengan angka kuasa yang diberikan 17.4 Hp pada 8,500 rpm dan tork 16.5 Nm pada 7,000 rpm, ia mencukupi dalam kelasnya. Tiada masalah untuk memecut di lebuh raya mahupun melayan selekoh.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 08

Namun menurut penulis, tork yang dimiliki skuter ini kurang 'umph' tetapi Aprilia pasti mempunyai sebab mengapa ia ditala sebegitu rupa.

Tunggangan

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 09

Perlu diingat sekalipun bergenre ADV, Aprilia SR GT 200 dicipta sebagai skuter 'Urban adventure' bermakna ia bukannya diasak di laluan lasak yang keras tetapi hutan bandar iaitu 'jem'.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 10

Dan ketika diuji di laluan berkenaan, memang mudah menyatakan pengendaliannya memang mantap. Menyelit di celah kenderaan ketika jalan raya sesak cukup senang.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 11

Bercakap mengenai posisi tunggangan pula, ketinggian dan lebar bar hendal memang 'ngam', sekurang-kurang untuk penulis dan tangki bahan api 9 liter memang amat dialu-alukan.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 12

Sebagai model ADV, kedudukan pelana Aprilia SR GT 200 ini agak tinggi. Sekalipun tidak menjadi masalah buat penulis secara peribadi namun ia mungkin memberi masalah buat individu kurang ketinggian.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Sistem suspensinya, sekalipun masih menggunakan fork teleskopik konvensional dan penyerap hentak berkembar daripada Showa boleh laras (preload) menjalankan tugas dengan baik.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 13

Tapi apa yang membuatkan penulis rasa 'syok' adalah gegaran yang dihasilkan oleh skuter ini ketika menunggang memang betul-betul minimum.

Teknologi

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 14

Sebagai skuter berjenama Itali, mungkin ramai menjangkakan teknologi yang dipadankan kepada Aprilia SR GT 200 canggih.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 15

Tetapi agak malang, tiada apa yang benar-benar boleh dibanggakan. Sebagai permulaan, ia tidak memiliki ciri seperti Kawalan Traksi, ada tetapan mod tapi bukan untuk hantaran kuasa, namun untuk tetapan di panel meter dan tidak dipadankan dengan sistem seperti kunci pintar atau 'keyless'.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 16

Agak mengecewakan juga, sekalipun sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang namun Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) hanya satu saluran iaitu di bahagian roda depan. Tetapi untuk skuter dalam kelasnya, ia bukan satu masalah yang besar.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 17

Apapun, ia memiliki Sistem Henti-Mula (Stop-Start) yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan bahan bakar tetapi secara jujur, penulis tidak menggemari ciri ini. Dan jika anda seperti saya, sistem ini boleh dinyahaktif menerusi butang di kiri bar hendal.

Kesimpulan

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 18

Secara peribadi, memang tak susah nak membuatkan orang 'jatuh cinta' dengan Aprilia SR GT 200 ini tidak kira berpandukan kepada sesuatu yang jelas iaitu reka bentuk atau kelancaran trenkuasanya.

Kepada yang sedang berkira-kira, ada info daripada kami kerana menurut sumber, harga skuter yang dibawa dari Vietnam ini sepatutnya lebih mahal namun diberikan 'subsidi' oleh Aprilia Malaysia.

Aprilia SR GT 200, erti sebenar 'keras' tapi berbaloi? 19

Dengan angka harga menghampiri RM 20k, Aprilia SR GT 200 memang bukan masalah buat sesiapa yang berupaya tetapi adakah ia berbaloi untuk geng marhaen? Tepuk dada tanya selera.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda