window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k!

Khairil · Dec 7, 2022 04:00 PM

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 01

Aprilia Tuono 660 Factory (2022), jentera aras tengah berprestasi yang dipertontonkan di EICMA tahun lalu akhirnya mendarat di pasaran Malaysia dan dijual pada harga asas mengujakan, RM 73,900.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 02

Seperti namanya, Aprilia Tuono 660 Factory (2022) adalah versi naik taraf yang lebih 'bertenaga' berbanding Aprilia Tuono 660 (2021) yang memasuki pasaran tempatan, sekitar Jun tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 01

Apa yang lebih menarik, sekalipun ia versi naik taraf, harga asas Aprilia Tuono 660 Factory (2022) lebih rendah berbanding Aprilia Tuono 660 (2021) ketika dilancarkan Didi Group iaitu RM 77,900 (tak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 02

Tiada perubahan dari sudut rekaan namun seperti biasa, pilihan warna dan corak grafik baharu yang lebih menarik, unik diperkenalkan.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 03

Pilihan warna tunggal itu ialah Factory Dark.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 04

Mengulas bahagian trenkuasa, Aprilia Tuono 660 Factory (2022) kekal dengan enjin bersesaran 659 cc, 2 Silinder Parallel Twin dengan crank 270 darjah namun angka kuasanya mengalami peningkatan.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 05

Berbanding 95 Hp (Aprilia Tuono 660), kuasanya kini meningkat kepada 100 Hp dengan tork berada pada angka 67 Nm. Menurut Aprilia, model ini mendapat kemas kini di bahagian transmisi dengan ratio gear dipendekkan.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 06

Selain itu, juga 2 kg lebih ringan berbanding model standard (181 kg) yang kebanyakan disumbang menerusi penggunaan pek bateri lebih ringan lithium-ion.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 07

Seperti model standard, turut dilengkapi ciri kawalan elektronik canggih  6-axis IMU, sistem APRC yang merangkumi Kawalan Traksi, Kawalan Wheelie, Cornering ABS, Quickshifter, Auto Blipper dan mod tunggangan (5).

Juga baca: Sudah tiba, Aprilia SR-GT 200, Tuareg 660 (2022) buat debut rasmi di pasaran Malaysia!

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 08

Selain itu, turut dipertingkatkan adalah di bahagian suspensi dengan fork depan jenis terbalik (USD) jenama Kayaba 41 mm mempunyai ciri boleh laras sepenuhnya.

 

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 09

Suspensi belakang yang menggunakan jenama Sachs juga datang dengan ciri pelarasan penuh.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 10

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 11

Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar bersaiz 320 mm (depan) dan cakera tunggal 220 mm bersama kaliper Brembo.

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 12

Seperti motosikal moden lain, sistem lampu adalah jenis LED penuh, panel meter digital TFT berwarna dan kapasiti tangki bahan api 15 liter.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Aprilia Tuono 660 Factory (2022) dah sampai Malaysia, 100 Hp, 67 Nm, harga asas RM 73.9k! 13

Kepada yang berminat, Aprilia Tuono 660 Factory (2022) sudah pun boleh didapati di cawangan pengedar sah Aprilia Malaysia di lokasi berikut:

  • Motoplex Petaling Jaya (Unit B-09-28, Tower B, Pacific Towers, Jln 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor)
  • Motoplex Butterworth (1681-G1 & G2, Jalan Perusahaan, Auto City, 13600 Prai, P.Pinang)
  • Motoplex Johor Bahru (69, Jalan Ibrahim Stulang, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda