window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram!

Khairil ยท Nov 16, 2022 08:00 PM

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 01

Kempen Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022 dijadual menutup tirainya musim ini di Buriram, Thailand dan apa yang mengujakan adalah barisan pelumba negara mempunyai peluang besar mengesahkan gelaran keseluruhan termasuk di kelas perdana, hujung minggu ini.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 02

Noguchi yang meraih kemenangan di Sepang, bulan lalu tidak beraksi di Buriram susulan kecederaan

Dalam kelas elit ASB1000, perlumbaan di Thailand sah tidak disertai pendahulu kejuaraan, Haruki Noguchi selepas pelumba kelahiran Jepun itu mengalami kemalangan teruk ketika Kejuaraan Japan Road Race di Suzuka, baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketiadaan Noguichi (SDG Motor Sports HARC-PRO Ph) yang sudah mengumpul 154 mata daripada 4 pusingan membuka peluang buat pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi yang ketika ini menghuni tangga kedua dinobat juara keseluruhan. 

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 01

Zaqhwan (tengah) diapit Kasma Daniel (kiri) dan Anupab

Zaqhwan yang beraksi bersama pasukan Honda Asia-Dream Racing with Showa mengumpul 135 mata diikuti seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha Gen Blu Racing Team Asean) dan pelumba Thailand, Anupab Samoon (Yamaha Thailand Racing) masing-masing 115 mata.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 02

Zaqhwan Zaidi

Dengan jurang besar 39 mata, Zaqhwan tampak sudah selangkah untuk bergelar juara keseluruhan jika segalanya berjalan lancar di Buriram yang sekaligus mengekalkan kejuaraan di Malaysia.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 03

Zaqhwan bersaing dengan Kasma di Sepang

Sebagai info, penyandang juara kelas ASB1000 adalah Azlan Shah Kamaruzaman, gelaran yang diraih pada musim 2019 lalu. Edisi 2020 dan 2021 ARRC tidak berlangsung susulan sekatan akibat Covid-19.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 04

Helmi Azman (depan) dan Andi Farid

Dalam kelas SS600, pelumba negara, Mohd Helmi Azman dari pasukan Boon Siew Honda Racing turut berpeluang cerah dinobat juara keseluruhan selepas gah memimpin kejuaraan dengan kelebihan 32 mata di depan pencabar terdekatnya dari Indonesia.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 05

Helmi Azman

Turut diisi pelumba Honda yang menggunakan jentera Honda CBR600RR, kedudukan kedua keseluruhan kelas itu adalah Andi Farid Izdihar dari pasukan Astra Honda Racing manakala pelumba Thailand, Nakarin Atiraphuvapat ketiga dengan 104 mata.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 06

Barisan pelumba Indonesia yang beraksi dalam kelas AP250

Situasi berbeza dalam kelas AP250 apabila gelaran keseluruhan sememangnya akan menjadi milik pelumba Indonesia dengan pelumba pasukan Motul Sniper Manual Tech Racing, Andy Muhammad Fadly paling cemerlang selepas memimpin kejuaraan dengan 121 mata.

Berdasarkan carta kejuaraan, tiada pelumba dari negara lain mampu mencabar kedudukan itu dengan pelumba kelahiran Thailand, Piyawat Patoomyos sekadar di tangga keenam dengan 74 mata.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 07

Wahyu Aji (tengah) diapit Md Izzat (kanan) dan Afif Amran

Persaingan merebut kejuaraan keseluruhan pastinya lebih sengit dalam kelas UB150 (kapcai) yang menyaksikan pelumba Indonesia yang beraksi bersama pasukan Malaysia, Wahyu Aji Trilaksana memimpin kejuaraan dengan mengumpul 126 mata.

ARCC 2022: Peluang jagoan negara rangkul gelaran keseluruhan 'terbuka' di Buriram! 08

Begitupun, kedudukannnya itu masih mampu dicabar pelumba Malaysia, Md Izzat Zaidi Md Salehan (Pitsbike JRT One Way) yang memiliki 115 mata menuju ke Buriram.

Sebagai info, perlumbaan pusingan 5 ARRC 2022 di Thailand dijadual bermula pada Jumaat ini menerusi sesi latihan bebas dan kelayakan (UB150) sebelum sesi kelayakan untuk kelas berikutnya dijadual pada Sabtu diikuti Perlumbaan 1 pada hari sama. Perlumbaan 2 dijadual pada Ahad (20 November 2022).

Juga baca: ARRC 2022: Dominasi pelumba Malaysia di perlumbaan 1, Kasma, Ibrahim, takluk dua kategori utama di Sepang!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda