window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Arif Aiman JDT hadiahkan Proton X50 untuk ibu dengan kejutan hebat lagi meriah

Mersita · Oct 13, 2022 03:00 PM

Arif Aiman JDT hadiahkan Proton X50 untuk ibu dengan kejutan hebat lagi meriah 01

Ratu hati bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi, tersenyum gembira menyaksikan kejutan hadiah berbentuk sebuah Proton X50 dari anaknya itu baru-baru ini. Manakan tidak, SUV popular itu dipersembahkan kepadanya dalam momen yang cukup istimewa dan meriah dihiasi belon berwarna putih dan biru yang cukup padan dengan warna kereta barunya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ibu kepada atlet bola sepak itu turut dihadiahkan jambangan bunga yang cantik bagi mengiringi hadiah kereta baharunya. Difahamkan, Proton X50 varian Flagship dipilih sebagai hadiah untuk ibu bertuah itu.

Arif Aiman JDT hadiahkan Proton X50 untuk ibu dengan kejutan hebat lagi meriah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V!

Pemain bola sepak berusia 20 tahun itu yang kini menjadi harapan bagi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga skuad Harimau Malaya dipuji ramai atas tindakannya menghadiahkan Proton X50 untuk ibunya.

Arif yang juga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu mempunyai nilai pasaran £ 270,000 (RM 1.4 juta) menurut laman web transfermarkt.co.uk – menjadikannya antara pemain tempatan termahal setakat ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda