window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit!

Khairil Β· Mar 27, 2023 12:00 PM

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 01

Khairul Idham Pawi, Md Shafiq Rasol dan Hafiza Rofa menceriakan kem negara pada kempen pembukaan pusingan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 di Buriram, Thailand apabila merangkul kemenangan dalam kelas masing-masing, hujung minggu lalu.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 02

Khairul Idham Pawi 

Khairul Idham atau lebih dikenali Super KIP tampil cemerlang selepas memenangi Perlumbaan 1 dalam kelas SS600 menunggang jentera Honda CBR600RR dan turut meraih tempat kedua pada Perlumbaan 2.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 03

Md Shafiq Rasol (tengah) ketika memenangi Perlumbaan 1 UB150

Paling gemilang pastinya pasukan OneXOX TKKR Racing yang menyapu bersih kemenangan dalam kelas UB150 apabila kemenangan disapu bersih pelumba negara menerusi pelumbanya, Md Shafiq Rasol pada Perlumbaan 1.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 01

Md Hafiza Rofa 

Kecemerlangan itu diteruskan Md Hafiza Rofa dengan memenangi Perlumbaan 2, dengan kedua-dua pelumba menggunakan jentera Yamaha Y15ZR.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 02

Podium Perlumbaan 1 kelas SS600

"Pasukan saya bekerja amat keras minggu ini. Di awal perlumbaan, saya cuba untuk menjarakkan diri namun pada pusingan keenam dan ketujuh, saya tidak mempunyai cengkaman mencukupi jadi saya cuba bertenang dan cuba mengawal pelumba di belakang saya," kata Khairul Idham.

"Tetapi Cip (Nakarin) berjaya juga memintas saya tetapi saya kekal mengekorinya dengan rapat. Dan pada penghujung, dia melakukan brek yang agak lewat jadi ia adalah peluang saya untuk menang."

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 03

Md Shafiq Rasol

Shafiq dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada pasukannya kerana memberinya peluang untuk beraksi di ARRC musim ini.

"Pada beberapa pusingan awal, saya cuba mengambil masa bersama kelompok belakang dan tidak memberi tekanan yang amat kuat. Saya cuma melakukannya pada beberapa pusingan terakhir dan ia akhirnya berhasil apabila saya memimpin perlumbaan dan menang," katanya.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 04

Md Hafiza Rofa

Hafiza Rofa dalam pada itu memuji pasukan dan krewnya kerana menyediakan jentera yang menakjubkan bagi memenangi Perlumbaan 2 UB150.

"Ia perlumbaan yang amat sukar. Para pelumba amat bersemangat tetapi saya cuba memberikan tekanan pada dua pusingan terakhir untuk menyertai kelompk tengah sebelum cuba untuk menang," katanya.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 05

Noguchi

Tetapi kemenangan yang diharapkan dalam kelas utama, ASB1000 tidak kesampaian apabila pelumba Jepun, Haruki Noguchi dari pasukan SDG MS HARC-Pro.Honda.PH seperti berada di kelas berbeza selepas memenangi kedua-dua perlumbaan ditawarkan di Buriram.

Tetapi, ia bukan prestasi mengecewakan buat pelumba negara apabila penyandang juara musim lalu, Zaqhwan Zaidi dan juara musim 2020, Azlan Shah Kamaruzaman turut mengisi kedudukan podium di kedua-dua perlumbaan.

Pada Perlumbaan 1, Azlan dari pasukan OneXOX BMW TKKR meraih tempat kedua manakala Zaqhwan dari pasukan Boon Siew Honda Racing, ketiga.

Kedudukan berkenaan berubah bagi Perlumbaan 2 yang menyaksikan Azlan yang menunggang jentera BMW S1000RR meraih tempat ketiga dan Zaqhwan yang menunggang jentera Honda CBR1000RR-R kedua.

ARRC: KIP, Shafiq, Hafiza Rofa buat Negaraku dinyanyikan di Buriram, jaguh Honda, Noguchi 'tapau' kelas elit! 06

Podium Perlumbaan 2 kelas ASB1000 

Sementara itu, pelumba negara yang turut meraih kedudukan podium di Buriram adalah Muhammad Helmi Azman dari pasukan Boon Siew Honda Racing (Ketiga Perlumbaan 1 SS600), Md Haziq Md Fairues (UMA Racing Yamaha Maju Motor Team Asia (Kedua Perlumbaan 1 UB150) dan Md Izzat Zaidi (Cardinals Factory Racing Team ARRC (Kedua Perlumbaan 2 UB150).

Kedudukan podium pusingan 1 ARRC 2023

Perlumbaan 1

ASB1000
1.Haruki Noguchi (JPN) SDG MS HARC-PRO.HONDA.PH, 20’54:882
2.Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX BMW TKKR TEAM, 20’55:567s
3.Md Zaqhwan Zaidi (MAS) HONDA ASIA-DREAM RACING WITH SHOWA, 20’55:698s

SS600
1.Khairul Idham Pawi (MAS) BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 20’03:796s
2.Nakarin Atiratphuvapat (THA) HONDA RACING THAILAND, 20’04:082s
3.Muhammad Helmi Azman (MAS) BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 20’04:186s

AP250
1.Rheza Danica Ahrens (INA) ASTRA HONDA RACING TEAM, 18’37:710s
2.Veda Ega Pratama (INA) ASTRA HONDA RACING TEAM, 18’38:639s
3.Herjun Atna Firdaus (INA) ASTRA HONDA RACING TEAM, 18’45:659s

UB150
1.Md Shafiq Rasol (MAS) ONEXOX TKKR RACING TEAM, 16’31:851s
2.Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA RACING YAMAHA MAJU MOTOR TEAM ASIA, 16’31:863s
3.Wawan Wello, PITSBIKE JRT TECH 2 ONEWAY RACING TEAM, 16’31:909s

Perlumbaan 2

ASB1000
1. Haruki Noguchi (JPN) SDG MS HARC-PRO.HONDA.PH., 20’57:031s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) HONDA ASIA-DREAM RACING WITH SHOWA, 20’57:227s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX BMW TKKR TEAM, 20’57:638s

SS600
1. Nakarin Atiratphuvapat (THA) HONDA RACING THAILAND, 20’02:187s
2. Khairul Idham Pawi (MAS) BOON SIEW HONDA RACING TEAM, 20’02:292s
3. Soichiro Minamimoto (JPN) YAMAHA GEN BLU RACING TEAM ASEAN, 20’05:717s

AP250
1. Rheza Danica Ahrens (INA) ASTRA HONDA RACING TEAM, 18’38:595s
2. Jakkreephat Puettisan (THA) HONDA RACING THAILAND, 18’47:427s
3. Muklada Sarapuech (THA) HONDA RACING THAILAND, 18’47:463s

UB150
1. Md Hafiza Rofa (MAS) ONEXOX TKKR RACING TEAM, 16’31:171s
2. Md Izzat Zaidi (MAS) CARDINALS FACTORY RACING TEAM ARRC, 16’31:275s
3. Wawan Wello (INA) PITSBIKE JRT TECH 2 ONEWAY RACING TEAM, 16’31:418s
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda