window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik?

Mersita · Jun 25, 2020 04:38 PM

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 01

Apabila anda tersekat dalam kesesakan lalulintas, patutkah anda biarkan transmisi automatik anda pada Drive dan tahan dengan brek, atau alih pada Neutral dan tarik brek tangan?

Bergantung pada sumber info anda, anda akan dapat jawapan yang berbeza.

Dahulu, ada yang menasihatkan pemandu supaya membiarkan kereta pada Drive. Ia tidak disarankan untuk kerap beralih antara Drive dan Neutral kerana ia akan memberi kejutan mengejut terlalu kerap pada driveline kereta anda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 01

Torque converter 8 kelajuan ZF yang digunakan oleh BMW ialah salah satu transmisi terbaik dalam pasaran

Tetapi, dengan jenis kesesakan trafik yang kita hadapi masa kini, adakah nasihat ini masih boleh digunapakai? Tambahan pula, transmisi automatik yang kita ada sekarang dah tak sama macam yang digunakan 25 tahun lalu.

Transmisi automatik juga telah dipasarkan dalam pelbagai jenis, membuatkan kita mempersoalkan samada nasihat ini masih relevan atau tidak.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 02

Honda Accord kini menggunakan CVT

Ada 3 jenis utama bagi transmisi automatik yang kita ada sekarang – torque converter, continuously variable, dan automatik dual-clutch.

1. Torque converter adalah yang paling biasa digunakan. Walaupun ia adalah teknologi lama, torque converter masih lagi digemari oleh banyak kereta mewah kerana ia boleh mengendalikan jumlah tork yang besar. Bila anda dengar sesebuah kereta mempunyai transmisi automatik, selalunya ia adalah jenis torque converter (melainkan jenis lain dinyatakan).

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 03

Torque converter automatik 8 kelajuan pada BMW 3 Series, kini tombol shift-by-wire

2. Continuously variable transmissions (CVTs) pula amat sesuai untuk kereta di bandar. Digemari oleh banyak penghasil kereta di Jepun, CVT ialah transmisi paling lancar untuk pemanduan terhenti-henti di bandar (melainkan Punch CVT pada Proton Iriz dan Persona). Transmisi ini sangat cekap minyak, tetapi pemanduannya kurang menarik.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 04

CVT pada Honda HR-V

3. Transmisi dual-klac (DCT) pula digemari oleh pembuat kereta Jerman. Ia menawarkan tempoh peralihan yang sangat cepat selain daripada pengalaman memandu yang sangat menarik. Kekurangannya cuma ia boleh rasa tersentak dalam trafik terhenti-henti. Ia juga transmisi yang paling berat dan rumit, tetapi kecekapan minyaknya serta penghasilan karbon dioksida yang rendah membuatkannya transmisi yang bagus.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 05

DCT pada BMW X1

Jadi, masih relevankah nasihat ‘biarkan pada Drive bila tersekat dalam kesesakan trafik’ bagi transmisi CVT dan DCT? Kami bertanya pada pihak yang paling arif – pembuat kereta yang menghasilkan kereta-kereta ini.

Kami bertanya pada BMW, Honda, Mercedez-Benz, Proton dan juga Volkswagen untuk dapatkan jawapan.

Secara umumnya, semua pembuat kereta bersetuju yang ia adalah OK untuk membiarkan transmisi pada Drive apabila anda menunggu di lampu isyarat dalam tempoh biasa (selalunya tak lebih dari 3 minit). Kata kuncinya disini ialah dalam tempoh biasa - tak kiralah apa jua jenis transmisi automatik kereta anda, tetapi ada pengecualiannya.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 06

Brake Hold (Penahan Brek) dan Brek Parkir Elektrik pada Honda HR-V

Honda menyarankan bagi hentian lebih dari 3 minit, lebih baik untuk pemandu beralih ke Neutral (tidak tertakluk pada model Hibrid, mereka boleh biarkan pada Drive). Proton tidak memberi had pada tempoh masa berhenti, tetapi mereka menyarankan hal yang sama – menasihatkan pemandu untuk beralih ke Neutral dan pasang Auto Brake Hold (Penahan Brek Auto) jika kereta tersebut kekal pegun terlalu lama.

Honda juga memberitahu yang Auto Brake Hold mereka akan kekal aktif walaupun selepas beralih dari Drive ke Neutral (tidak tertakluk pada semua kereta, anda boleh cuba sendiri sambil menahan brek).

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 07

Honda HR-V

Bagi transmisi dual-klac, semua pembuat kereta Jerman memberitahu yang pemandu tidak perlu beralih ke Neutral, tetapi ada beberapa situasi pemanduan yang terkecuali.

BMW, Mercedez-Benz dan VW memberitahu yang tiada perbezaan samada pemandu membiarkan transmisi pada Drive mahupun beralih ke Neutral.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 08

DSG 6 kelajuan pada Volkswagen Golf GTI Mk 7.5

“Sistem itu direka untuk berfungsi dengan cara ini. Apabila Auto Hold dipasang atau pedal brek ditahan pada posisi henti, klac telah dilepaskan. Tak perlu beralih ke Neutral,” jelas Volkswagen Passenger Cars Malaysia, yang juga memberitahu ini tertakluk pada semua kereta mereka yang ada DSG, tidak mengira samada DCTnya jenis kering atau basah.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 09

VW Tiguan terkini menggunakan DSG (basah) 6 kelajuan

Sementara itu, BMW Group Malaysia pula memberitahu yang menahan DCTnya pada Drive semasa berhenti tidak akan menambah tekanan pada sistem transmisi.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 10

BMW X1 menggunakan DCT 7 kelajuan

“Perkara ini tidak terbukti kerana tork dari enjin tidak akan dipindahkan kepada tranmisi dalam tindakan ini. Tambahan pula, penyejukan dan pelinciran kendiri untuk klac akan berlaku melalui motor pam pada sistem penyejukan klac itu sendiri pada masa ini - menghalang mana-mana tekanan pada transmisi,” kata BMW.

Semua DCT yang digunakan oleh model BMW dan MINI ialah jenis basah.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 11

AMG A45 S menggunakan DCT 8 kelajuan

Mercedes-Benz Malaysia, yang hanya menggunakan DCT jenis basah, bersetuju dengan hal ini. Mereka menerangkan yang tekanan adalah amat sedikit pada driveline DCT kerana jumlah tork yang dihasilkan apabila enjin sedang terbiar adalah pada tahap yang sangat minimum.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 12

A45 tidak lagi menggunakan pengalih yang dipasang pada lantai, hanya jenis column-mounted

Walaubagaimanapun, mereka memberi satu senario dimana pemandu patut beralih ke Park:

“Tiada tekanan akan diberi pada driveline samada brek dipasang dalam trafik sesak atau semasa kenderaan diletakkan pada neutral dan/atau parkir diaktifkan. Walaubagaimanapun, apabila kenderaan itu dipandu dalam pendakian curam seperti di bukit pada jangka masa yang lama, adalah lebih baik untuk beralih kepada Park kerana geseran klac akan meningkat untuk mengekalkan kepegunan kereta. Apabila kenderaan tersebut sedang pegun dalam kesesakan trafik, tekanan pada kedua-dua pek klac akan berkurangan pada jumlah yang minimum untuk mengekang sebarang hakisan pada klac, tetapi untuk mengekalkan kenderaan pegun dan kuasa dialihkan kepada driveline.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 13

Proton pula, dimana X70 yang dipasang secara lokal kini menggunakan DCT jenis basah 7 kelajuan (keluaran China menggunakan torque converter 6 kelajuan), memilih untuk lebih berhati-hati dan menyarankan pemandu untuk beralih ke Neutral dan gunakan fungsi Auto Hold.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 14

Proton X70 CKD menggunakan DCT 7 kelajuan

“Ketika berhenti dalam tempoh yang lama, pemandu disarankan untuk beralih ke posisi Neutral untuk keselamatan (takut terlepas pedal brek) dan juga untuk memanjangkan jangka-hayat enjin dan transmission roll mountings. Tambahan lagi, ada fungsi keselamatan dimana Auto Brake Hold akan beralih secara automatik kepada Electric Parking Brake selepas 10 minit dalam keadaan tak bergerak. Ini adalah untuk mengelakkan sistem brek daripada menjadi terlalu panas,” jelas Proton. Proton juga berkata nasihat yang sama (beralih ke Neutral) juga tertakluk pada torque converter (Saga) dan model dengan CVT (Iriz, Persona, Exora).

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 15

Bagi model i-DCD Sport Hybrid Honda pula - City Hybrid, Jazz Hybrid, HR-V Hybrid – dimana semuanya dipadatkan dengan DCT jenis kering 7-kelajuan, isu ini tidak relevan kerana enjin hibrid akan diberhentikan semasa kereta tidak bergerak.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 16

Kenderaan hibrid pacuan hadapan seperti Toyota atau Lexus menggunakan E-CVT, dimana ia sebenarnya bukanlah CVT. Kita bincangkan di kemudian hari pula untuk aspek ini.

Perlu diingatkan bahawa pemandu tidak disarankan untuk mengalihkan transmisi kereta hibrid kepada Neutral semasa tidak bergerak kerana ini akan menghalang enjin daripada mengecas bateri hibrid apabila kekurangan bateri. Jika anda mahu melepaskan pedal brek, beralih ke Park atau guna Auto Hold (jika ada).

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 17

Maintenance untuk DCT bagi jangka hayat lebih panjang

Seperti yang telah dijelaskan, DCT adalah sistem yang sangat rumit dan jagaan rapi amat diperlukan supaya ia kekal berfungsi dengan baik

Saranan Mercedes-Benz Malaysia pula adalah seperti dibawah:

“Tabiat pemanduan yang bagus bergantung pada setiap individu dan kereta yang dipandu itu sendiri. Bagi kenderaan AMG yang dilengkapi dengan DCT (contohnya A 45 dan CLA 45), pemandu disarankan untuk sentiasa memastikan minyak transmisi berada pada suhu operasi optimum sebelum pemanduan bersemangat. Selain daripada itu, DCT juga ialah transmisi yang sangat mantap. Nasihat yang paling baik untuk jagaan pencegahan ialah untuk sentiasa memastikan yang DCT kerap diservis seiringan dengan jadual servis kereta tersebut.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 18

“Menukar minyak dan penapis transmisi mengikut jadual juga amat penting kerana minyak bukan sahaja penting bagi pengalihan kuasa untuk DCT, ia juga penting untuk pengeluaran haba yang patut dilakukan hanya dengan menggunakan alatan Mercedes-Benz yang asli daripada peniaga sah bagi memastikan kelikatan minyak yang tepat serta penapis asli yang digunakan.”

“Ini juga membolehkan bengkel untuk membuat pemeriksaan secara berkala bagi sebarang naiktaraf perisian untuk transmisi yang digunakan serta unit kawalan powertrain yang lain seperti perisian unit kawalan enjin.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 19

BMW Group Malaysia menjelaskan satu cara pemanduan yang tidak bagus dan boleh memendekkan jangka hayat DCT. “Pada asasnya, tabiat pemanduan yang baguslah yang akan memanjangkan jangka hayat komponen wear-and-tear dalam mana-mana kenderaan; berbanding pemanduan bersemangat atau tidak konsisten yang boleh memberi tekanan kepada enjin dan kotak gear.”

Honda Malaysia juga memberitahu perkara yang sama: “Honda menyarankan untuk mengelakkan pecutan keras ketika memandu dalam keadaan terhenti-henti, terutama sekali semasa mendaki bukit.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 20

DCT kompak shift-by-wire pada Honda HR-V Hybrid

Manakala, Volkswagen pula memberi amaran terhadap modifikasi: “Kekal patuh pada selang-masa servis yang disarankan. Penalaan cip (chip tuning) akan memberi kesan kepada prestasi atau jangka hayat DSG dan drivetrain. Tayar dan rim yang bukan standard atau tidak diluluskan oleh aksesori Volkswagen boleh memberi kesan kepada tingkahlaku dan prestasi DSG.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 21

Berapa lama klac dalam DCT boleh bertahan?

Walaupun beberapa DCT jenis kering memerlukan penggantian klac berkala (memandangkan ia item wear-and-tear), jenis basah tidak perlu berbuat demikian.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 22

Honda City Hybrid

Satu-satunya pengecualian adalah bagi Honda i-DCD. Walaupun ia menggunakan klac jenis kering, ia direka untuk bertahan dengan jangka hayat kereta itu sendiri. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh Honda Malaysia, ini bermaksud lebih 15 tahun/350,000 km. Yang pasti, perkara ini amat bergantung pada tabiat pemanduan dan jagaan.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 23

Memandangkan ia adalah hibrid penuh, ini juga bermaksud klacnya tidak digunakan pada permulaan pemanduan – memanjangkan lagi jangka hayatnya.

BMW Group Malaysia berkata yang semua DCTnya adalah jenis basah dan tidak memerlukan penggantian. Sehingga kini, mereka belum lagi membuat sebarang penggantian pek klac. Jika anda nak tahu, penggantian klac tidak boleh dilakukan tanpa mengganti komponen DCT secara menyeluruh. Ini akan memerlukan belanja RM 37,150 (sedari Jun 2020), tetapi setakat ini belum ada satu pun model BMW atau MINI di Malaysia yang memerlukan kerja penggantian ini.

Minyak DCT pula memerlukan penggantian berkala dan kosnya ialah RM 800. “Tiada jangka masa yang ditetapkan bagi perkara ini. Kenderaan tersebut akan memberi amaran kepada pemandu jika servis ini perlu dilakukan,” tambah BMW.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 24

Ini ialah jawapan yang serupa diberi oleh Mercedes-Benz Malaysia, dimana mereka berkata, “Pek transmisi dual-klac DCT telah direka untuk bertahan sama dengan kitaran hidup kenderaan tersebut. Transmisi ini ialah sistem klac basah, berlainan dengan sistem klac kering seperti transmisi konvensional dimana ia direka sebagai kelengkapan yang boleh dijaga/diservis.

“Kelebihan pada transmisi basah DCT ialah kurang kerosakan pada pek klac berikutan daripada peredaran minyak yang berterusan. Inilah sebabnya kenapa penukaran minyak transmisi yang kerap dan mengikut jadual servis adalah amat penting bagi memastikan DCT berfungsi pada tahap optimum.”

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 25

Proton X70

Bagi DCT pada Proton X70 pula, Proton berkata “Dalam kondisi pemanduan yang normal, penukaran minyak transmisi yang disarankan adalah pada kilometer ke-90,000 / 54 bulan atau mana-mana yang sampai dahulu. Sila gunakan minyak DCT yang asli, dikhaskan untuk X70 dan jangan ditambah atau dicampur dengan mana-mana jenama lain.” Kata kuncinya disini ialah, pada kondisi pemanduan yang normal.

Proton juga berkata yang DCT X70 telah diuji dengan pasti pada jarak tempuh 350,000 km, dan mereka tidak menjangkakan pelanggan biasa untuk memerlukan penggantian pek klac.

AT biasa vs DCT: Patutkah anda letakkan pada D atau N semasa tersekat dalam trafik? 26

Sekian, inilah dia jawapan kepada persoalan-persoalan diatas. Yang penting, sila patuh pada selang masa maintenance yang disarankan dan pandu dengan cermat. Walaupun ada perbezaan kecil antara saranan Proton untuk tabiat pemanduan DCT berbanding saranan dari rakan Jerman mereka, kami berpendapat yang nasihat Proton patut dipraktikkan oleh semua pemandu kerana ia lebih kepada saranan cermat dan untuk pencegahan.

Nota tambahan: Klac paling mudah rosak apabila anda memecut dari posisi pegun, oleh itu berlemah-lembutlah apabila melepaskan klac.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda