window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Atok nyala rokok dan lepak lepas ter-rempuh 6 kereta

Mersita · Jun 18, 2020 04:08 PM

Atok nyala rokok dan lepak lepas ter-rempuh 6 kereta 01

Ini satu lagi insiden ‘terlebih chill’ setelah berlaku kemalangan (kisah pertama disini), dimana video menunjukkan seorang warga emas yang duduk lepak dalam kereta menyalakan rokok setelah terlanggar 6 buah kereta menjadi tular di laman sosial. Walaupun video tersebut agak lawak, lelaki warga emas tersebut sebenarnya hendak menenangkan diri dengan merokok.

Dalam video berdurasi 1 minit itu, dilihat banyak kerosakan yang berlaku pada kereta-kereta yang dirempuh oleh warga tua tersebut. Beliau, mungkin berumur sekitar 60-an, dilihat masih duduk di dalam kereta Perodua Myvi putihnya yang telah remuk teruk sambil menyalakan sebatang rokok.

Perbualan yang menyusul menunjukkan betapa tenangnya lelaki tersebut selepas kejadian yang berlaku. Beliau siap mengira berapa buah kereta yang dirempuhnya sebelum terhenti di sisi bampar kereta yang menjadi mangsa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bila pihak polis tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati yang lelaki warga emas berkenaan menderita dari penyakit yang tidak dinyatakan - menyebabkan beliau hilang kawalan semasa memandu. Myvi tersebut nampak gayanya terhenti apabila ia tersangkut pada sisi sebuah Nissan Livina.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. Tapi yang ‘tercedera’ termasuklah sebuah Honda CR-V, Subaru Forester, Mitsubishi ASX, Nissan Livina, Honda Civic, dan juga Lexus NX. Barai!

Nasib baik warga emas tersebut berjaya menghentikan kenderaannya sebelum mengakibatkan lebih banyak kerosakan atau kecederaan kerana yang dilanggarnya hanyalah kereta yang diparkir. Banyak video diluar sana yang menunjukkan kereta dipandu secara merbahaya apabila pemandunya diserang sesuatu penyakit semasa memandu dan seterusnya hilang kawalan sambil mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Selepas kejadian, warga emas itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. Kami harap atok tersebut telah sembuh sepenuhnya dan berhenti merokok selepas ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda