window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas?

Haris · Oct 7, 2022 07:00 PM

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 01

  • Audi A3 Sedan S line ditawarkan pada harga bermula RM331,990, termasuk duti dan cukai jualan
  • Elegan, efisien dan evolusionari dengan rekaan seperti sebuah coupé
  • Dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo-4 yang menjana 190PS dan tork 320Nm
  • Audi RS 3 Sedan kini dibuka untuk tempahan pada harga sekitar RM650,000 hingga RM750,000

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan generasi kedua model terkenal Audi – A3 Sedan ke pasaran Malaysia. Sekali lagi mendefinisikan segmen kenderaan kompak mewah, Audi A3 Sedan menggabungkan bahasa rekaan baharu yang lebih menyerlah, bersama teknologi termaju dan menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 02

Ruang dalaman direka dengan begitu menawan – lebih luas berbanding model terdahulu, menggabungkan aspek kemewahan dan teknologi terkini dengan sempurna. Misalnya dengan kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10-inci dan perkhidmatan sambungan Audi connect plus sebagai ciri standard.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 01

Dengan rekaan yang lebih maskular dan garang, A3 Sedan menampilkan rupa serba baharu. Bahagian hadapan didominasi oleh Singleframe dengan gril bercorak sarang lebah (honeycomb) yang diserlahkan bersama sepasang lampu utama.

Garis badan Audi A3 Sedan diteruskan hingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan memberikan bahagian belakangnya gayaan yang elegan. Permukaan cekung pada bahagian bawah bahu badan kereta menyerlahkan lagi lekuk dan sil. Elemen ini mencetuskan serlahan cahaya dan bayang. Sementara garis bumbung yang melandai dari tiang B membuatkannya kelihatan seperti sebuah coupé.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 02

Rekaan badan yang kemas dipadankan dengan bahagian belakang sedikit tinggi dan peresap udara yang besar. Ini menyumbang kepada pekali seretan lebih rendah, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi CO2.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 03

A3 Sedan juga hadir dengan corong udara yang boleh dikawal melalui modul kisi-kisi berkuasa elektrik di bahagian belakang Singleframe. Ia berfungsi mengawal aliran udara dengan pintar berdasarkan kepada situasi pemanduan. Sebagai tambahan, panel pada bahagian bawah kereta, cermin sisi dengan aerodinamik lebih baik dan penyejukan brek aktif berfungsi mengurangkan halangan angin.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 04

Papan pemuka dan konsol tengah baharu pada Audi A3 Sedan direka secara intuitif. Maklumat penting dipaparkan pada sudut pandangan terus pemandu menerusi Audi virtual cockpit plus dan paparan sentuh berwarna MMI bersaiz 10.1-inci. Stereng dengan butang pelbagai fungsi yang dibalut kulit dan transmisi S tronic yang mudah dikawal memberi lebih keselesaan kepada pemandu.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 05

Platform infohibur modular generasi ketiga (MIB 3) menampilkan kuasa perkomputeran yang sepuluh kali lebih pantas berbanding model terdahulu. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi antara muka telefon pintar Audi yang mengintegrasikan telefon iOS dan Android dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 06

Bagi pemanduan yang menarik itu, ia bermula dengan stereng kulit dengan pelbagai fungsi tambah dan dayung transmisi S tronic untuk pemandu. Kuasa datang daripada enjin pengecas turbo 4-silinder sebaris 2.0 liter yang menghasilkan 190 PS dengan tork 320 Nm.

Sistem suspensi Audi A3 Sedan baharu telah ditala untuk menjadi sporty dan harmoni, membolehkan kelajuan tindak balas yang lebih pantas dan peningkatan pemanduan ketepatan, terutamanya bagi mereka yang menggemari pemanduan bersemangat. Semua ini dimungkinkan oleh sistem pengendalian dinamik pusat yang memastikan interaksi optimum antara semua komponen pemanduan dan pengendalian.

Audi RS3 dibuka tempahan untuk Malaysia

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 07

Kompak dan berkuasa, Audi RS 3 Sedan serba baharu menawarkan kelincahan dan pengendalian dinamik luar biasa dengan kuasa daripada enjin 5-silinder yang mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat.

Berpegang teguh kepada warisan RS, RS 3 hadir dengan badan lebih lebar, sistem ekzos sport RS dan paparan kokpit seperti jentera lumba. Ia memang dihasilkan untuk mereka yang sentiasa mencari keterujaan dalam setiap pemanduan.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 08

Sistem pacuan semua roda juga mempunyai persediaan pemvektoran tork baharu pada gandar belakang tetapi yang lebih penting, terdapat mod drift yang dipanggil RS Torque Rear yang boleh mengarahkan tork ke satu roda belakang untuk menggelongsor di selekoh.

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 09

Memegang rekod sebagai sedan kompak paling pantas di litar lumba lagenda Nurburgring Nordschleife di Jerman. Audi RS 3 Sedan kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia.

Harga bagi Audi A3 Sedan S line dan Audi RS3 di Malaysia

Audi A3 Sedan & Audi RS3 kini dibuka untuk tempahan, mampu sediakan RM332k ke atas? 10

Audi A3 Sedan ditawarkan pada harga bermula RM331,990. Bagi model prestasi Audi RS 3 Sedan pula, ia dijangka dijual di antara RM650,000 hingga RM750,000. Semua model Audi hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Tempahan Audi A3 Sedan dan RS 3 boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.

Baca: Rebiu: Audi Q5 facelift - SUV 'conti' serba boleh, tetapi bolehkah anda terima harga RM 486,223?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Audi A3 Sedan 1.4 TFSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda