window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k

Faisal · Aug 17, 2020 11:05 AM

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 01

Berikutan pelancaran VW Arteon minggu lepas, Audi Malaysia telah melancarkan Audi Q3 Sportsback 2020 di laman web rasmi mereka secara senyap.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 02

Pada dasarnya, model Sportback adalah saudara Q3 biasa yang lebih macho. Ia mendapat pakej visual baru yang menarik dimana bumbungnya ditarik sehingga ke belakang untuk kelihatan seperti coupe. Namun begitu, ia masih mengekalkan ciri praktikalnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dimensi

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 01

Pertama, ia masih mempunyai ruang but yang luas dimana besarnya 530 liter. Sekiranya tempat duduk barisan belakang dilipat, jumlah keseluruhan but menjadi 1,400 liter. Ini sedikit kecil daripada model Q3 yang hanya 1,525 liter. Model Sportback ini juga masih mampu memuatkan 5 penumpang.

Secara keseluruhan, ia sama dengan saudara kandungnya. Inilah ukuran mereka:

Perbandingan saiz
Model Audi Q3 Sportback 2020 Audi Q3 2020
Panjang 4,500 mm 4,484 mm
Lebar 1,843 mm 1,849 mm
Tinggi 1,567 mm 1,616 mm
Jarak roda 2,680 mm 2,680 mm

Bahagian luar Q3 Sportback

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 02

Pada bahagian luar, ia mendapat sentuhan gaya yang halus tetapi masih ketara. Bahagian depan hampir tidak berubah dengan lampu hadapan jenis LED, gril "singleframe" berlapan segi dan lengkungan roda yang lebih jelas beserta gabungan pelapis hitam.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 03

Pada bahagian belakang, ia mendapat reka bentuk bampar yang berbeza berserta jaluran pada diffuser dan juga lampu belakang jenis LED.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 04

Melengkapkan gaya Sportback adalah roda aluminium Audi Sport berukuran 19-inci.

Perincian dalam kabin

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 05

Sekali pandang, kedua-duanya kelihatan sangat serupa. Seperti model Q3 yang biasa, model Sportback juga didatangkan dengan kluster instrumen digital berukuran 10.25 inci dan juga paparan skrin sesentuh berukuran 8.8 inci di bahagian tengah untuk mengawal sistem infotainment. Ia juga menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 06

Kerusi dan permukaan dalaman adalah kulit dimana ianya standard pada model Sportback.

Tren kuasa

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 07

 Imej enjin Audi Q3 Sportback berspesifikasi UK

Sekiranya anda menganggap model Sportback hanyalah perubahan visual, fikirkan semula. Ia datang dengan enjin petrol 2.0 liter berkuasa turbo menjana 180 PS dan 320 Nm tork, berbanding model Q3 yang biasa hanya ada 150 PS dan 250 Nm tork daripada enjin 1.4 liter yang lebih kecil.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 08

Enjin tersebut dipadan ke 7-kelajuan automatik dwi-klac jenis basah (6-kelajuan pada Q3). Tidak seperti pemacuan roda hadapan pada model Q3 yang biasa, model Sportback dipacukan oleh keempat-empat roda melalui sistem Quattro.

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 09

Audi berkata bahawa model Sportback mencatatkan angka kecekapan bahan api sekitar 7.2 liter / 100 km dimana ia sedikit tinggi berbanding angka 6 liter / 100 km pada model Q3 yang biasa.

Ini telah disangka kerana model Sportback sebenarnya lebih laju. Ia melengkapkan pecutan dalam 7.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 220 km/j. Ini 1.1 saat lebih pantas dan 13 km/j lebih laju daripada model Q3 yang biasa.

Ciri-ciri keselamatan

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 10

Secara jujurnya, ia tidak kompetitif dari segi keselamatan. Terdapat 6 beg udara, ABS, EBD dan ESC, kamera pandangan belakang dan kawalan pelayaran yang biasa. Itu sahaja.

Tiada ciri advance driver assistance system (ADAS) dimana ia agak pelik memandangkan pesaing yang lebih murah seperti BMW X1 sDrive18i mempunyai sekurang-kurangnya brek kecemasan autonomi (AEB).

Butiran harga

Audi Q3 Sportback 2020 dilancarkan di Malaysia - 180 PS, 320 Nm, RM 300k 11

Audi Malaysia meletakkan harga sebanyak RM 301,783 dimana ia RM 41,228 lebih mahal daripada model Q3 yang biasa (RM 260,555). Tidak murah tetapi inilah harga sekiranya gaya adalah kemahuan anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Audi Q3 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda