window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan?

Faisal ยท Jul 9, 2021 03:00 PM

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 01

Nampaknya, pemilikan Volvo di bawah Geely telah menghasilkan satu lagi usaha yang memanfaatkan antara satu sama lain. Kali ini, bahagian operasi trenkuasa di bawah kedua-dua jenama tersebut akan digabung sebagai Aurobay.

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 02

Syarikat baru ini akan menjadi pembekal global buat trenkuasa yang lengkap termasuklah enjin pembakaran generasi seterusnya, transmisi, dan juga teknologi hibrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaGeely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla!

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 01

Kilang Volvo yang berusia 118 tahun yang terletak di Skövde.

Untuk itu, Volvo Cars akan memindah aset Powertrain Engineering Sweden kepada Geely Holding pada bulan yang akan datang. Pemindahan pemilikan ini turut merangkumi Skövde, iaitu kilang enjin dan pasukan R&D di Sweden serta kilang enjin yang ada di China.

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 02

Volvo C40 Recharge, langkah pertama buat kereta Volvo berelektrik sepenuhnya.

Hasil dari pindaan ini, Volvo Cars akan meletakkan fokus sepenuhnya terhadap pembangunan kereta premium elektrik sepenuhnya. Lagipun, ia selari dengan matlamat mereka untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 03

Sementara itu, Geely Holding juga bakal memiliki pasukan R&D yang lebih hebat dalam membangunkan trenkuasa hibrid dan enjin pembakaran yang lebih canggih serta efisien. Secara tidak langsung, Proton (49.9% dimiliki oleh Geely Holding) turut berpeluang untuk rasai manfaat ini.

Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan? 04

Kilang produksi enjin di Skövde.

Mengenai pertubuhan syarikat baru itu, Aurobay juga mempunyai pelan untuk menjadi pembekal buat pelanggan di luar Geely Holding Group. Malah, mereka bermatlamat untuk jadi nombol 1 dalam pembekalan trenkuasa yang berkualiti tinggi, mesra alam, dan menjimatkan kos.

Juga bacaGeely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda