window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc?

Khairil ยท Dec 30, 2022 11:00 AM

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 01

Syarikat pengeluar dan pengedar motosikal tempatan, Aveta, mengikut maklumat sahih yang diperoleh dijadual melancarkan sebuah model baharu, bulan depan.

Apa yang menarik, jenama yang sudah mengeluarkan beberapa model di pasaran termasuk kapcai 'Super moped', Aveta SVR180 ini ijangka akan melancarkan sebuah model 'Sportbike' bersesaran 250 cc.

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan maklumat berkenaan bukanlah sekadar khabar angin dengan tarikh pelancaran dijadual pada 12 Januari depan dan ia memang sejajar dengan laporan kami sebelum ini.

Sekitar Oktober lalu, ketika sesi bertemu media Aveta, 'orang kuat' syarikat itu pernah menyatakan syarikat itu merancang untuk mengeluarkan beberapa model dalam beberapa segmen antaranya Sportbike, Kruiser, Scrambler dan Hybrid pada tahun 2023.

Juga baca: Aveta bakal lancar 'Sportbike' 250 cc tahun ini, 3 lagi model tahun depan, ada skuter ADV!

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 01

Tetapi menurut maklumat diperoleh, ia adalah model menggunakan nama Aveta VZR 250 dengan 'R' memberi petunjuk ia sebuah model 'Sportbike' dengan sesaran enjin 250 cc.

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 02

Honda CBR250RR

Seperti jenama-jenama 'tempatan' lain, model yang dikeluarkan oleh Aveta dikatakan bakal dijual pada julat harga mampu milik.

Juga baca: Honda CBR250RR 'Trico Edition' 2022 kini di Malaysia, harga kekal RM 25.9k!

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 03

Modenas Ninja 250

Ketika ini, persaingan membabitkan model fairing penuh bersesaran 250 cc di Malaysia memang sengit dan padat.

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 04

Yamaha R25

Malah boleh dikatakan hampir setiap jenama utama memiliki penawaran tersendiri dengan senarai panjang seperti Yamaha R25, Honda CBR250RR, Modenas Ninja 250/ABS, QJMotor SRK250RR, CFMoto 250SR dan beberapa lagi jenama.

Juga baca: Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k!

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 05

QJMotor SRK250RR

Seperti beberapa model jenama itu, Aveta VZR 250 ini dijangka dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD).

Aveta bakal lancar model baharu, khabarnya 'Sportbike' bersesaran 250 cc? 06

CFMoto 250SR

Setakat ini, selain Aveta SVR180, Aveta yang beribu pejabat di Klang sudah menjual beberapa model namun semuanya dalam segmen moped antaranya Aveta VS110 dan V13R.

Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda