window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k!

Khairil · Mar 18, 2023 07:00 PM

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 01

Aveta Malaysia merancakkan persaingan dalam segmen skuter 'Adventure' aras rendah di pasaran tempatan dengan melancarkan penawaran terbaharu dan tercanggihnya, hari ini dikenali Aveta VADV150 Hybrid (2023).

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 02

Tetapi agak mengecewakan, majlis pelancaran itu berlangsung secara dalam talian, sesuatu yang dilakukan hanya atau 'normal' ketika tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 01

Berbalik kepada Aveta VADV150 Hybrid (2023), seperti namanya, ia adalah skuter yang dipadankan dengan sistem canggih 'Hybrid' dan dikatakan pendapat penarafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 02

Tiada perincian lengkap diberikan mengenai sistem hybrid yang digunakan, tetapi menurut Aveta, model ini dijana enjin Hybrid bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi automatik. Kuasa yang dihasilkan adalah 16.2 HP dan tork 14.6 Nm.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 03

Turut menarik perhatian adalah Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut menjadi skuter pertama di Malaysia yang dipadankan dengan sistem DVR iaitu sistem kamera di depan dan belakang.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 04

Seperti video dashcam yang ada dijual di pasaran, kamera depan dan belakang itu turut bertindak sebagai perakam video tunggangan yang sekaligus meningkatkan ciri keselamatannya. 

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 05

Dan menariknya, rakaman video turut boleh dilihat di panel meter TFT bersaiz 7 inci yang juga lengkap dengan pelbagai informasi lain.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 06

Selain itu, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut didatangkan dengan sistem lampu hadapan adaptif (AFS) yang menyaksikan ia boleh melaraskan pancaran cahaya secara automatik berdasarkan kelajuan dan sudut tunggangan.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 07

Dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 9.3 liter, Aveta VADV150 Hybrid (2023) turut memiliki teknologi SAF ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) yang dipadankan dengan sistem brek cakera depan dan belakang selain turut menggunakan sistem kunci pintar.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 08

Sebagai info kepada yang tidak tahu, Aveta VADV150 (2023) adalah model 'rebadge' skuter yang berasal dari China iaitu Dayang ADV 150 yang sudah pun berada di pasaran negara Tembok Besar itu beberapa tahun lalu.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby.

Aveta VADV150 Hybrid (2023) lancar di Malaysia, ada kamera, harga asas RM 13.9k! 09

Kepada yang berminat, Aveta VADV150 Hybrid (2023) dijual pada tanda harga RM 13,980 (asas) dan menurut Aveta, model terbaharu ini sudah pun boleh didapati di semua cawangan pengedar Aveta seluruh negara.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda