Awas! ‘Scammer’ anjur peraduan Toyota palsu, jangan tertipu hadiah kereta percuma

Mersita · May 18, 2021 11:00 AM

Awas! ‘Scammer’ anjur peraduan Toyota palsu, jangan tertipu hadiah kereta percuma 01

Kes penipuan siber atau lebih dikenali ramai sebagai ‘scammer’ semakin berleluasa dan kali ini ia melibatkan nama baik jenama Toyota dan pengedar rasminya UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.

Penipuan tersebut melibatkan iklan yang diwar-warkan di media sosial WhatsApp dalam bentuk satu pautan palsu yang membawa anda ke laman sesawang palsu menggunakan jenama Toyota. Pautan berkenaan mempromosikan ‘peraduan’ dan ‘hadiah istimewa’ berupa sebuah kereta Toyota.

Awas! ‘Scammer’ anjur peraduan Toyota palsu, jangan tertipu hadiah kereta percuma 02

Awas tawaran palsu. Komen netizen Facebook juga disyaki palsu

Tangkapan skrin di atas menunjukkan paparan setelah pautan dibuka. Jangan buat apa-apa, abaikan saja.

Oleh itu, UMW Toyota Motor menegaskan bahawa pihak syarikat mewakili jenama Toyota di Malaysia TIDAK menawarkan sebarang kempen promosi buat masa ini dan iklan tersebut adalah palsu.

Awas! ‘Scammer’ anjur peraduan Toyota palsu, jangan tertipu hadiah kereta percuma 01

Syarikat itu juga meminta kerjasama orang awam untuk berhenti menyebarkan sebarang promosi palsu dan sentiasa periksa dahulu dengan sumber atau laman sesawang rasmi. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memberi apa-apa maklumat peribadi jika terjumpa sebarang promosi mencurigakan menggunakan nama Toyota.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru