window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

AWAS! Had laju sebelum dan selepas Terowong Menora bakal menjadi 70 km/j!

Haris ยท Jul 10, 2020 11:00 AM

AWAS! Had laju sebelum dan selepas Terowong Menora bakal menjadi 70 km/j! 01

Kredit Gambar

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dalam usaha membendung kemalangan di laluan panas kemalangan di Malaysia telah memasang 4 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) khusus di sekitar Terowong Menora.

4 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan ditambah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) iaitu sebelum dan selepas Terowong Menora, bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

AWAS! Had laju sebelum dan selepas Terowong Menora bakal menjadi 70 km/j! 02

Kredit Gambar: Berita Harian

Penambahan ini menjadikan jumlah kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sebanyak 49 di seluruh Malaysia. 22 daripada 49 kamera tersebut berada di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kami juga dalam kajian untuk menambah lebih kamera AWAS di kawasan berisiko bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya," ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

AWAS! Had laju sebelum dan selepas Terowong Menora bakal menjadi 70 km/j! 01

Beliau menambah, had laju yang ditetapkan kepada kenderaan yang melalui penempatan empat kamera AWAS di Terowong Menora adalah 70 km/j berbanding kamera AWAS lain yang menetapkan had laju 110km/j.

Shaharuddin berkata, aspek teknikal dan spesifikasi pemasangan kamera itu kini berada di peringkat akhir untuk menentukan kesesuaian lokasi yang strategik dengan kerjasama pihak PLUS Malaysia Berhad.

AWAS! Had laju sebelum dan selepas Terowong Menora bakal menjadi 70 km/j! 02

Dalam masa yang sama, Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz yakin bahawa dengan pemasangan kamera tersebut, kadar kemalangan di laluan panas tersebut dapat dikurangkan.

"Rekod menunjukkan memang ada disiplin dalam kalangan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan namun dengan pemasangan kamera ini dan kehadiran pasukan pemantau pasti akan dapat meningkatkan tahap keselamatan di laluan itu.” tambah Mohd Yusuf lagi.

Sumber: BERITA HARIAN

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda