window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Awas, jangan cuba guna kenderaan perdagangan untuk rentas negeri!

Mersita ยท Jan 19, 2021 02:00 PM

Awas, jangan cuba guna kenderaan perdagangan untuk rentas negeri! 01

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyalahgunakan kenderaan perdagangan untuk merentas negeri tanpa permit yang sah.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata pihak mereka akan memberi tumpuan kepada kesalahan merentas negeri dengan cara ini berikutan kebimbangan ada pihak yang menyalahgunakan kenderaan perdagangan untuk merentas sempadan di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung.

Awas, jangan cuba guna kenderaan perdagangan untuk rentas negeri! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau juga mengulas yang kesalahan ini boleh jadi disebabkan orang awam mahu merentas sempadan, tapi mereka sedar yang mereka tak boleh menaiki kereta. Oleh itu, mereka gunakan bas. Penumpang bas pula perlu menunjukkan surat kebenaran rentas sempadan terlebih dahulu kepada syarikat bas sebelum mereka dibenarkan naik.

Oleh itu, kesalahan sebeginilah yang akan diperiksa oleh pihak JPJ dalam operasi pemantauan mereka, selain daripada kesalahan biasa melibatkan kenderaan perdagangan seperti lebih muatan dan kesalahan permit.

Awas, jangan cuba guna kenderaan perdagangan untuk rentas negeri! 01

Seperti yang kami laporkan baru-baru ini, sejumlah 1,200 anggota JPJ telah dikerah untuk membantu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam kuatkuasa SOP PKP kali ini. Selain daripada memperkasakan sekatan jalan raya (SJR), mereka juga akan memantau stesen-stesen bas yang sibuk seperti di KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Walaupun ada laluan khas disediakan bagi kenderaan perdagangan di SJR, pemandu kenderaan perdagangan harus bersedia dengan surat pengesahan majikan bagi kebenaran beroperasi.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda