window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022

Mersita Β· Aug 8, 2022 01:00 PM

Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022 01

GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022 yang bakal berlangsung pada 11 hingga 21 Ogos nanti dijangka akan menampilkan pelbagai keluaran menarik di pasaran kereta baru republik itu, dan salah satu intipan yang menarik perhatian ramai ialah kelibat iklan Ayla EV di ruang pameran PT Astra Daihatsu Motor (ADM).

Daihatsu Ayla elektrik (EV) ini dijangka akan tampil sebagai satu kejutan besar oleh pengeluar itu. Menurut laporan rakan kami di AutoFun ID, InstaStory @multiproductionbdg pada Sabtu lalu memperlihatkan ruang pameran Daihatsu yang masih dalam persiapan dengan tulisan “Ayla EV” di iklan LEDnya. Ini membuktikan saudara Perodua Axia versi EV ini besar kemungkinannya akan didebut apabila pameran auto berkenaan berlangsung kelak.

Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imbas semula pada GIIAS pada tahun-tahun sebelumnya, Daihatsu dikatakan sering menampilkan produk barunya dalam bentuk konsep bagi membina momentum untuk pelancarannya yang akan datang.

Oleh itu, samada Ayla EV ini akan dipersembahkan sebagai konsep atau tidak di GIIAS 2022 masih menjadi tanda tanya. Yang pasti, model-model terbaru seperti Daihatsu Sirion (Perodua Myvi) facelift dan Daihatsu Sigra 2022 serba baru bakal menghiasi ruang pamerannya kelak.

Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022 01

Low Cost Green Car (LCGC) CKD di Indonesia dikecualikan cukai untuk pastikan kemampumilikan

Namun, kemungkinan yang Ayla EV bakal menjengah pasaran lebih pantas dari jangkaan agak tinggi. Ini kerana strategi penggunaan ‘kereta marhaen’ atau LCGC (low-cost green car) yang sudahpun dikenali ramai untuk dijadikan sebagai model elektrik terbaru dijangka dapat mempercepatkan penerimaan EV dikalangan pembeli, sejajar dengan sasaran Indonesia untuk membentuk ekosistem automotif berteknologi hijau. Salah satu contoh terbaru ialah pengenalan Toyota Kijang Innova EV di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2022 pada April lalu.

2022 Perodua Ativa Hybrid Spied in Malaysia

Foto: Shavinish Nash

Juga baca: Perodua Ativa Hybrid - cuma RM 32k je, jimat serba serbi tapi tak boleh beli!

Di Malaysia, baru-baru ini Perodua mengesahkan bahawa Perodua Ativa hibrid 2022 bakal ditawarkan untuk rakyat Malaysia melalui program pajakan. Perodua Axia generasi baru (kod nama D74A) pula sedang dalam pembangunan dan mungkin akan diperkenalkan dahulu sebelum saudara Indonesianya, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya.

Memandangkan Ayla kini bergerak ke arah elektrifikasi, barangkali Axia D74A nanti menerima evolusi lebih jauh dari sekadar generasi baru?

Juga baca: Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda