window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ayah U-turn minta bantuan di 'roadblock', ibu lahirkan anak di dalam kereta di SJR Kuching-Samarahan

Mersita ยท Jun 11, 2021 06:00 PM

Ayah U-turn minta bantuan di 'roadblock', ibu lahirkan anak di dalam kereta di SJR Kuching-Samarahan 01

Seorang wanita berusia 26 tahun selamat melahirkan seorang bayi perempuan di dalam kereta malam tadi, dibantu oleh dua anggota polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Kuching – Samarahan Expressway.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11.50 malam Khamis (10 Jun) ketika wanita itu bersama suaminya sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menaiki sebuah Perodua Viva.

Ayah U-turn minta bantuan di 'roadblock', ibu lahirkan anak di dalam kereta di SJR Kuching-Samarahan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata suami wanita berkenaan, 28, yang sedang memandu ketika itu mula panik apabila diberitahu isterinya bahawa dia hampir hendak bersalin, lalu membuat pusingan U di lampu isyarat untuk mendapatkan bantuan di SJR di laluan bertentangan.

Ayah U-turn minta bantuan di 'roadblock', ibu lahirkan anak di dalam kereta di SJR Kuching-Samarahan 01

Sumber: Borneo Post

Menurut Sudirman, kereta berkenaan pada mulanya bergerak dari Semera Ulu, Asajaya menuju ke HUS namun si suami yang panik memandu keretanya terus ke SJR berkenaan.

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata sejurus dimaklumkan oleh lelaki berkenaan tentang keadaan isterinya, dia bergegas ke kereta itu untuk menghulurkan bantuan.

"Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak. Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya.

Ayah U-turn minta bantuan di 'roadblock', ibu lahirkan anak di dalam kereta di SJR Kuching-Samarahan 02

Noor Fatihah kemudiannya dibantu oleh rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi baru lahir itu menggunakan tuala yang dibawanya. Ketika itu, Perakson baru sahaja melapor bertugas.

Bayi berkenaan bersama ibunya telah dibawa ke HUS menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Berita kelahiran bayi berkenaan mula tular di media sosial, dimana rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada ibu berkenaan yang selamat melahirkan anak walaupun di dalam kereta. Ia dikatakan satu kejadian bersejarah kerana bayi berkenaan lahir di ‘road block’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara sedang dilanda pandemik.

Sumber berita: Borneo Post

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda