window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci!

Mersita · Dec 13, 2020 11:59 AM

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 01

Pasti anda pernah dengar tentang banyak kereta-kereta baharu yang dilengkapi dengan fungsi ‘keyless entry’ atau 'smart entry'. Tapi, bagi yang baru nak beli kereta sebegini dan mungkin kurang faham bagaimana ia berfungsi, boleh teruskan membaca kerana fungsi ini memang memudahkan kehidupan seharian kita!

Pasti ramai yang ada masalah ini: bila sampai ke kereta, kunci dah tersorok jauh di dalam beg dan kita pun ambil masa beberapa minit untuk mencarinya supaya pintu kereta boleh dibuka dengan butang ‘remote’. Member menunggu di pintu sebelah penumpang samada dah kepanasan, kehujanan atau redha sajalah dengan tabiat campak kunci dalam beg anda.

Keyless entry guna signal untuk menyahaktifkan kunci pintu kereta

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 01

Gambar: hella.com

Bagaimana ‘keyless entry’ berfungsi? Bagi kereta yang ada sistem ini, kunci kereta anda berfungsi sebagai peranti kawalan jauh yang boleh berhubung dengan antena yang dipasang pada kereta anda melalui signal. Peranti ‘keyless entry’ iaitu kunci kereta anda mempunyai cip identitinya yang tersendiri supaya ia boleh berhubung dengan kereta anda sahaja.

Ada juga beberapa kereta yang dilengkapi dengan aplikasi dalam telefon bimbit untuk mengawal sistem kunci kereta, contohnya Proton X50 dan G20 BMW 3 Series.

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 02

Oleh itu, apabila menghampiri kereta anda, pastikan peranti/kunci kereta ini ada bersama, tak kisahlah dalam poket atau beg, dan peranti ini hanya perlu berada dalam lingkungan beberapa meter dari kereta (selalunya kurang dari 5 meter). Ada pintu kereta yang akan terbuka kuncinya dengan sendiri dan ada juga yang perlu ditekan punatnya dulu pada pemegang pintu.

Tapi yang pasti, anda tak perlu tercari-cari kunci kereta anda semata-mata untuk menekan punat bagi membuka kunci kereta. Peranti ‘keyless entry’ ini kadangkala dipadankan dengan fungsi ‘start stop’ enjin dimana anda hanya perlu tekan satu butang di dalam kereta untuk hidupkan atau matikan enjin. Kelengkapan ini berfungsi dengan cara yang sama, anda boleh baca artikel ini tentang cara penggunaan butang ‘push start’ yang betul.

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 03

‘Keyless entry’ untuk pintu gelongsor dan penutup bonet belakang

Bagi kenderaan seperti MPV dengan pintu gelongsor pula, ‘keyless entry’ berfungsi apabila anda melalukan kaki anda di bawah pintu gelongsor tersebut untuk mengaktifkan sensor atau pengesan yang dipasang di sana.

Dua sensor elektrostatik yang selalunya dipasang di bahagian bawah pintu gelongsor – satu menghala ke bawah kereta dan satu lagi ke hadapan – akan mengesan pergerakan kaki anda. Kedua-duanya dilengkapi dengan bacaan yang spesifik supaya ia boleh mengesan kaki pemandu yang membawa peranti ‘keyless entry’ ini sahaja. Ini adalah fungsi keselamatan bagi mengelakkan kesilapan bacaan seperti anjing atau kucing yang lalu supaya pintu gelongsor itu tidak terbuka sendiri.

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 04

Fungsi pengesan pergerakan yang serupa juga digunakan pada penutup bonet atau but di belakang kereta bagi memudahkan anda untuk memasukkan barang ke dalamnya. Bagi kereta sedan seperti BMW 3 Series, sensor ini dipasang pada bampar belakang dan anda hanya perlu menggerakkan atau melalukan kaki anda di lokasi sensor tersebut dan penutup but boleh terbuka sendiri.

Beberapa MPV seperti Nissan Serena juga dilengkapi dengan fungsi yang sama bagi memudahkan pengguna – dah tak perlu lepaskan barang yang anda bawa hanya kerana anda perlu gunakan tangan untuk membuka but belakang!

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 05

Apakah masalah yang boleh dihadapi dengan 'smart key'?

Seperti semua kelengkapan elektronik, akan ada kekurangannya. Kes yang seringkali terjadi ialah bateri bagi fob kunci ini kehabisan bateri. Ini akan menyebabkan fungsi ini dan juga butang 'push start' tidak dapat berfungsi. Hanya simpan kunci pendua dan baca tip ini untuk belajar cara gunakan kunci 'smart entry' anda secara manual.

Keluarkan kunci mekanikal untuk membuka pintu dan bagi menghidupkan enjin pula, rapatkan 'smart key' pada butang 'push start' sambil menekan brek.

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 06

‘Keyless entry’ cukup memudahkan kehidupan seharian dan jika difikirkan, ramai wanita yang terpaksa berdiri di pintu kereta sambil mengorek kunci di dalam beg dan ini saja sudah mendedahkan mereka kepada bahaya.

Antara kereta-kereta yang sudah dilengkapi dengan fungsi ‘keyless entry’ terutamanya untuk membuka kunci pintu pemandu adalah seperti kereta Perodua model baharu (2017 dan keatas mengikut varian dan model, selalunya varian spesifikasi tinggi) seperti Axia, Bezza, Myvi, dan Aruz. Kereta Proton baru dengan ‘keyless entry’ termasuklah Persona, Iriz, X70, dan X50.

Bagaimana Keyless Entry berfungsi? Dah tak perlu korek handbag cari kunci! 07

Semoga bermanfaat! Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk dapatkan lebih banyak tip-tip berguna!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda