window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3?

Haris Β· Dec 19, 2020 02:00 PM

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 01

Sejak dilancarkan di Malaysia pada awal Januari tahun 2020, Mazda CX-30 2020 telah menjual lebih kurang 3 kali ganda Mazda CX-3. Hal ini menimbulkan sedikit tanda tanya kerana Mazda CX-30 adalah lebih mahal daripada Mazda CX-3.

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 01

Mazda CX-30

Perbezaan yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan jadual berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Perbandingan Harga Mazda CX-3 vs Mazda CX-30
Model CX-3 CX-30
2.0G (CBU) RM 126,829 RM 144,759
2.0G Limited Edition (CBU) RM 141,329 -
2.0G High (CBU) - RM 159,109
1.8D High (CBU) - RM 167,673
2.0G AWD High (CBU) - RM 170,459

Kedua-dua model Mazda ini berkongsi enjin 2.0 liter NA yang sama dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang sama. Hanya Mazda CX-30 ditawarkan dalam pilihan enjin tambahan iaitu 1.8 liter Turbo diesel.

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 01

Mazda CX-3

Kedua-duanya juga diimport dari Jepun (CBU).

Jika dibandingkan dengan Honda HR-V dalam segmen B yang sama, Mazda CX-3 sebenarnya jauh lebih kompak namun status CBU telah meningkatkan lagi harganya.

Perbandingan Saiz
Model Mazda CX-3 Mazda CX-30 Mazda CX-5
Panjang (mm) 4,275 4,395 4,550
Lebar (mm) 1,765 1,795 1,840
Tinggi (mm) 1,535 1,540 1,675
Jarak antara roda (mm) 2,570 2,655 2,700

Mazda CX-30 sebenarnya diposisikan ditengah-tengah antara Mazda CX-5 (atas) dengan Mazda CX-3 (bawah). Atau dalam erti kata lain, ‘Mazda CX-4’

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 02

Mazda CX-5

Walaubagaimanapun, Mazda CX-5 menerima potongan harga yang agak mendadak kerana dipasang di kilang pemasangan Mazda di Kulim. Ini menjadikan harga Mazda CX-5 lebih mudah dicapai lebih ramai pembeli.

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 03

Pada setengah pertama tahun kewangan yang berakhir pada April 2021, Bermaz Auto, mendedahkan bahawa ia telah menjual sebanyak 767 unit Mazda CX-30, berbanding 233 unit Mazda CX-3.

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 04

Penjualan Mazda CX-3 yang lemah berpunca daripada penjualan kanibalisasi di bawah jenama yang sama iaitu Mazda CX-30.

Walau pun penjualan kanibalisasi berlaku, Bermaz masih mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif.  Hak ini kerana, gabungan jualan CX-3 dan CX-30 adalah sebanyak 1,000 unit untuk separuh pertama tahun kewangan yang berakhir April 2021. 

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 05

Jualan ini lebih memberansangkan jika dibandingkan dengan hanya 407 unit Mazda CX-3 sebelum Mazda CX-30 dilancarkan tahun ini.

Permintaan bagi kedua-dua model ini mungkin melebihi jualan. Sukar untuk menjangkakan jumlah sebenar permintaan kerana model berstatus CBU selalunya berasaskan oleh bekalan yang dibekalkan oleh Mazda Jepun. 

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 06

Nampaknya, dalam julat harga sekitar RM 130K - RM 170k, wang bukanlah faktor utama bagi pembeli prospek. Pembeli dalam julat harga ini mempunyai kuasa membeli yang lebih besar justeru membayar lebih untuk sebuah model yang lebih baik dan terkini.

Bagaimana Mazda CX-30 yang lebih mahal dijual 3 kali ganda berbanding Mazda CX-3? 07

Hal ini berbeza dengan pembeli kenderaan bawah RM 100k. Pembeli prospek lebih berhati-hati dalam pembelian.

Trend pembelian seperti ini memberikan perspektif yang berbeza dalam cara pengurusan kewangan mengikut kuasa membeli. Adakah anda akan melakukan perkara yang sama jika diberi kemampuan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda