window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia?

Zamil Syaheer · May 30, 2021 11:59 AM

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 01

Proton Iriz boleh dikatakan model yang 'berusia' berbanding dengan kebanyakan pesaingnya dalam segmen-B. Dilancarkan pada 2014 sebagai percubaan Proton untuk projek kereta global selepas kekurangan pada Proton Prevé, Iriz dikatakan menjadi pujian oleh media permotoran pada awalnya.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 02

Segalanya berjalan lancar untuk Proton dan Iriz dilihat menjadi tiitk perubahan untuk pengeluar itu dalam menghasilkan hatchback yang baik. Lebih-lebih lagi ianya pesaing sebenar Proton untuk Perodua Myvi selepas dua kegagalan dengan Tiara dan Savvy.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 01

Tetapi Proton berjaya untuk terus menjual Iriz, malah mengemaskini model itu pada 2019. Dengan satu lagi kemaskini dijangka didedahkan tahun ini dengan luaran dan dalaman yang dirombak, serta varian baharu, tiada tanda hatchback ini akan ditamatkan.

Juga baca: Spyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?

Tetapi kenapa sebegitu?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 02

Kenapa Proton masih mempertaruhkan Iriz? Ia sepatutnya menjadi pesaing rapat Perodua Myvi tetapi angka jualan mencatatkan kisah sebaliknya.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 03

Perodua menjual 66,330 unit Perodua Myvi pada 2020 sahaja. Sementara itu, Proton hanya menjual 7,636 unit Proton Iriz dalam tahun sama. Satu-satunya perkara yang menjadi persamaan dua model itu ialah kedua-duanya produk Malaysia.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 04

Dengan jualan yang suam, bukankah Iriz ditamatkan sahaja pengeluarannya daripada diberikan kemaskini baharu? Sebenarnya dalam erti kata mudah, Proton tidak lagi dominan seperti dulu (banyak wang).

Juga baca: Berapa lama lagi Proton Iriz mampu bertahan di dalam pasaran?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 05

Berbanding membangunkan model baharu sepenuhnya, satu pilihan ialah terus mengemaskini Iriz, iaitu cara yang lebih mesra kos.

Walaupun Iriz semakin berusia, Proton masih berharap hatchback ini boleh diberikan nafas baru dan terus 'hidup’. Kami akan terangkan selanjutnya di bawah.

Kemegahan pencapaian Proton?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 06

Bukan interior yang moden, tetapi mesra pengguna.

Mungkin dalam barisan model terkini Proton yang dibangunkan sendiri, yang dinamakan PIES (Persona, Iriz, Exora, Saga), Iriz nampaknya masih menjadi kebanggaan Proton. Ia dibangunkan sendiri oleh Proton dan menjadikannya sebuah kereta Malaysia sebenar.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 07

Terangkat roda belakang!

Cuba duduk di dalam sebuah Iriz dan anda akan faham kenapa media permotoran sangat memujinya. Kemudian lenjan ia masuk selekoh dan anda pasti terkejut bagaimana ia dapat mengendalikannya dengan baik, bukan sekadar kereta Malaysia tapi bagi segmennya secara keseluruhan.

Juga baca: Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 08

Anda boleh saja membeli Iriz versi rali di UK, tapi 'standby' wang hantaran...

Ia direka untuk menjadi kereta Proton yang mengujakan dunia automotif. Ia memang mendapat beberapa input dari pereka tersohor Itali, ItalDesign Giugiaro dan sebelum pendedahan rasminya, kelihatan juga beberapa unit prototaip di Eropah menjalani ujian musim sejuk dan kalibrasi.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 09

Akhirnya pelan globalisasi Proton untuk Iriz ditangguhkan. Mungkin ianya langkah terbaik jika di pasaran sendiri pun tidak begitu laris.

Menambahbaik sesuatu yang baik

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 10

Iriz mungkin menjadi pilihan kurang popular berbanding Myvi. Juga, siapa yang tak mahu menyokong pihak yang kekurangan, bukan?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 11

Ada yang berkata Proton sepatutnya dapat menjangka situasi ini selepas bertahun-tahun mengawal dan mendominasi pasaran kereta Malaysia tetapi Iriz sememangnya suatu kereta yang sangat baik. Tidak sempurna, tetapi sebuah kereta yang baik untuk kelasnya.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 12

Transmisi Punch CVT yang kurang digemari ramai.

Kemaskini baharu nanti akan menampakkan beberapa penambahbaikan, mungkin menampilkan transmisi automatik 4-kelajuan yang lebih konvensional seperti pada Proton Saga.

Mungkin masih awal untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kotak gear CVT buat masa ini tetapi ia perubahan yang baik memandangkan pesaing terdekatnya masih menggunakan automatik 4-kelajuan.

Juga baca: Kelebihan dan Keburukan transmisi CVT - apa yang kami suka dan apa yang kami tidak suka

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 13

Persona yang popular pun bakal mendapat kemas kini.

Selain dari transmisi, satu lagi penambahbaikan yang boleh kita jangkakan ialah dari segi ciri keselamatan. Proton Iriz dan kembar sedannya, Persona kedua-duanya mendapat 5-bintang untuk ASEAN NCAP berdasarkan penilaian 2017-20.

Juga baca: Proton Iriz dan Persona 2021 mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, dilengkapi ciri ADAS?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 14

Walaupun kedua-duanya mendapat 5-bintang, protokol terkini ASEAN NCAP turut menilai ciri keselamatan lebih maju seperti AEB dan Blind Spot Assist (Bantuan Titik Buta). Ini adalah ciri-ciri yang mungkin ditawarkan kepada Iriz baharu.

Kemaskini yang akan menjadi bualan

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 15

Masih ingat bila Proton melancarkan Iriz R3 dengan sedikit penggayaan grafik kuning dan tiada benda lain? Walaupun ada yang mengkritik tindakan Proton ‘menampal’ lencana terhormat R3 untuk kosmetik sahaja, terdapat juga mereka yang memujinya.

Juga baca: Proton Saga R3 Limited Edition 2021 - gaya saja, peminat R3 boleh terima ke?

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 16

Menarik atau buang masa?

Begitu juga dengan Iriz baharu yang akan dikemaskini nanti. Selain rupa yang direka semula, perhatian pastinya tertumpu kepada Iriz Active. Sehingga dapat melihat imej rasmi, kami akan ‘simpan’ dahulu pendapat kami berkenaan varian baharu ini.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 17

Selain itu, Perodua Myvi mungkin menjadi kereta pilihan popular rakyat Malaysia tetapi ia masih tiada pembaharuan sejak diperkenalkan pada 2017. Kemaskini pada 2020 hanya memberikan ASA 2.0, itu sahaja.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 01

Secara umumnya, kebanyakan orang akan tertarik terhadap perubahan dan Iriz terbaharu pasti akan menarik perhatian terhadap Harimau Malaysia itu.

Ia mungkin tidak akan menyeluruh seperti mula-mula dilancarkan 7 tahun lepas, tetapi adakah cukup untuk terus bertahan? Sama-sama kita nantikan.

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia? 02

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda