window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar!

Zamil Syaheer · Jul 14, 2020 02:00 PM

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 01

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana kanak-kanak melompat dengan riang gembiranya di bahagian belakang kereta semasa anda berhenti di lampu merah? Ini adalah salah satu pantang larang saya yang terbesar ketika memandu: tidak memakai tali pinggang keledar.

Banyak kali dah kita mendengar atau melihat berita kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan orang tercampak keluar dari kereta mereka. Kenapa? Sebab mereka tidak memakai tali pinggang keledar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimana sesuatu yang sangat mudah dilakukan sering kali diabaikan? Malangnya, ini disebabkan oleh cara pemikiran kita sendiri dengan sikap acuh tak acuh dan kurangnya penguatkuasaan.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 01

Benda ini patut diharamkan sama sekali!

Saya pernah melihat pemandu Grab yang menggunakan ‘dummy buckle’ untuk mengelakkan amaran tali pinggang keledar berbunyi (yang sepatutnya dilarang, kata MIROS).

Malah ada juga yang tiba-tiba membuka tali pinggang keledar mereka ketika sedang memandu (dah kenapa woi?). Budaya dan amalan ini harus dihentikan sebelum lebih banyak orang tercampak keluar dari kereta mereka.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 02

Antara salah satu kes yang terjadi di Malaysia. Sayangnya, pemandu kereta ini meninggal dunia. Nampak dummy buckle tu?

Seperti imej di atas, tahu tak bahawa sistem inflasi beg udara direka untuk mengembungkan beg udara dengan SANGAT CEPAT  pada kelajuan sehingga 322 km/h? Kemudiannya ia akan mengempis secepat mungkin supaya penglihatan dan pergerakkan anda tidak terhad. Semua ini terhadi dalam 1/25 saat sahaja.

Bayangkan, anda tidak memakai tali pinggang keledar, tetapi anda rasa selamat sebab ada beg udara. Akhirnya, anda terkorban disebabkan oleh beg udara itu sendiri ataupun tercampak keluar.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 03

Lihatlah GIF di atas, inilah akibatnya jika anda tidak memakai tali pinggang keledar. Ni baru je 60 km/h.

Sudah terang lagi bersuluh. Bahkan patung ujian pelanggaran di belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar pun boleh melayang ke patung yang duduk di bahagian hadapan. Jika anda rasa bahagian depan sahaja ke yang wajib memakai tali pinggang keledar, anda SALAH.

Tengok sahaja video di atas ini. Bayangkan anda terpaksa hidup dengan rasa bersalah sebab membunuh orang tersayang secara ‘tidak sengaja’. Apa korang rasa kalau yang depan itu adalah ibu, ayah, ataupun teman hidup kamu?

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 04

Kepada mana yang ada anak kecil, jangan sekali-kali fikir genggaman anda itu lebih kuat dari tempat duduk khas untuk mereka. Percayalah, anda takkan dapat memegang anak anda walaupun anda dapat jangkakan kemalangan bakal berlaku.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 05

Mafhumnya, tali pinggang keledar KEKAL sebagai peluang terbaik anda untuk terselemat sekiranya berlaku kemalangan. Anda mungkin akan cedera, tapi tali pinggang keledar membantu untuk mengurangkan tahap kecederaan yang bakal dialami. Jika anda tidak memakainya langsung, maaflah…peluang untuk anda terselamat agak tipis.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 06

Fikirkan lah, pengeluar kereta telah membelanjakan sejumlah besar wang mereka untuk memastikan kereta yang dijual memenuhi syarat keselamatan terkini yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 07

Nils Bohlin, pencipta dan pereka tali pinggang keledar semasa bekerja di Volvo. Tanpa dia, tiadalah sistem keselamatan ini.

Dengan tidak memakai tali pinggang keledar, anda pada dasarnya membuang masa dan usaha yang telah dicurahkan oleh pengeluar kereta untuk menjadikan kereta mereka tempat yang lebih selamat. Mengapa? Kerana tali pinggang keledar adalah titik permulaan pertama dari mana kebanyakan sistem keselamatan kenderaan dibina.

Tiada gunanya jika anda membeli kereta dengan 20 beg udara mahupun sistem ADAS yang terbaik sekalipun jika anda tidak memakai tali pinggang keledar. Tahukan anda, sesetengah sistem keselamatan kereta TIDAK AKAN BERFUNGSI jika anda tidak memakai tali pinggang keledar?

Natijahnya, tolong lah amalkan tabiat untuk memakai tali pinggang keledar setiap kali anda melangkah masuk kedalam kereta anda. Tegaskan benda yang sama kepada penumpang anda. Jika mereka tidak mahu mendengar kata-kata anda, suruh sahaja mereka berjalan kaki.

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar! 08

Tempat duduk kanak-kanak wajib jika anda mempunyai anak kecil.

Pada ibu bapa pula, sila membeli atau menyewa tempat duduk khas kanak-kanak. Mereka mungkin tidak akan suka tempat duduk tersebut, tetapi yang penting anda akan berasa selamat.

Lagi satu kami hendak katakan, jangan sekali-kali mengamalkan sikap bertawakkal tanpa usaha. Banyak kali kami mendengar ayat “tak apa lah, berserah kepada Tuhan sahaja” untuk situasi atau keadaan yang sepatutnya boleh dielak. Ya, memang Tuhan yang tahu jangka hayat kita, tetapi Tuhan juga memberikan kita akal untuk berfikir.

Anda mungkin terasa memakai tali pinggang keledar ini menyusahkan, tetapi anda tidak terfikir pula jika anda menyusahkan orang lain yang tidak bersalah? Keputusan di tangan anda sendiri.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda