Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus?

Haris · Dec 12, 2020 02:00 PM

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 01

Mengisi angin tayar menggunakan gas nitrogen mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran pemandu harian biasa. Namun, bagi mereka yang mengambil pusing tentang hal-hal sukan permotoran, ini merupakan suatu kecenderungan.

Oleh itu, berikut adalah sedikit sebanyak panduan mengisi angin tayar dengan nitrogen.

Soalan: Kenapa nak isi angin tayar dengan nitrogen?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 01

Tayar pesawat guna nitrogen. Sumber

Kereta-kereta lumba selalunya menggunakan angin tayar nitrogen ketika perlumbaan. Hal ini bagi meningkatkan prestasi kereta lumba masing-masing supaya mampu bersaing pada tahap optimum. Ia juga digunakan pada tayar pesawat dan kenderaan berat.

Soalan: Jadi, angin tayar nitrogen lebih baik untuk kenderaan?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 02

Angin tayar nitrogen lebih baik untuk kenderaan tetapi bergantung kepada penggunaannya.

Dalam konteks perlumbaan, penggunaan angin tayar nitrogen memberikan lebih cengkaman kerana tekanan dalam tayar lebih konsisten kerana nitrogen kurang reaktif dengan haba. Bila berlumba, tayar menerima tekanan haba yang tinggi.

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 03

Sumber: Science of speed

Penggunaan angin biasa mempunyai wap air. Bila haba bertemu wap air, titisan akan timbul pada bahagian rim yang diperbuat dari logam dan akan mempercepatkan proses karat.

Bagi penggunaan harian, pemandu tidak berdepan dengan haba yang tinggi seperti dalam perlumbaan.

Soalan: Apa kelebihan lain angin tayar nitrogen?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 04

Selain daripada cengkaman tayar yang lebih konsisten, ketiadaan wap air dalam angin tayar membantu memanjangkan jangka hayat rim kerana lambat berkarat.

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 05

Sumber: Dexel Tyres

Selain itu, partikel oksigen dalam angin tayar biasa boleh menyelusup keluar dari tayar manakala angin tayar nitrogen yang lebih besar sukar untuk menyelusup keluar. Ini bermakna ketahanan tekanan tayar lebih lama.

Soalan: Di manakah dan berapa kos mengisi angin tayar nitrogen?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 06

Angin tayar nitrogen boleh didapati di bengkel-bengkel terpilih. Ia memakan kos sekitar RM 12 - RM 15 bagi mengisi keempat-empat tayar. 

Soalan: Apa yang perlu saya periksa sekiranya saya mahu mengisi nitrogen?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 07

Sumber: Utusan Borneo

Anda perlu memastikan bahawa kesemua tayar anda dikempiskan secara keseluruhan. Hal ini bagi mengelakkan tiada ruang udara yang terkumpul dalam tayar bagi menikmati inzal angin tayar nitrogen penuh.

Tayar juga perlu dipam lebih dari 3 kali bagi mendapatkan ketulenan nitrogen setinggi 93%.

Soalan: Patutkah saya mengisi angin tayar nitrogen?

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 08

Angin tayar nitrogen memberikan kelebihan yang tersendiri tetapi kebanyakannya berkait rapat dengan aktiviti permotoran mahupun aktiviti jentera berat. Jika anda berkecimpung dalam sebarang aktiviti tersebut, mengisi angin tayar dengan gas nitrogen adalah normal.

Bagus isi angin tayar guna nitrogen atau perasan bagus? 09

Sebagai pengguna biasa, peningkatan prestasi tayar tidak begitu ketara tetapi terpulang kepada pengguna untuk merasainya sendiri. Walaupun kajian mengatakan bahawa peningkatan prestasi berlaku pada keadaan tertentu, kalau dah meniaga tu, hisap rokok bakar duit pun elok belaka.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru