window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bahana langgar lampu merah, 'rider' Grabfood melambung dirempuh kereta

Khairil ยท Nov 22, 2021 12:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahana langgar lampu merah, 'rider' Grabfood melambung dirempuh kereta 01

Dalam rakaman berdurasi satu minit 20 saat itu, kemalangan itu jelas berpunca daripada penghantar makanan itu yang melanggar lampu isyarat bewarna merah.

Lebih menakutkan, penunggang berkenaan langsung tidak menoleh ke kiri untuk melihat keadaan jalan ketika melanggar lampu isyarat berkenaan sebelum dirempuh sebuah kereta yang datang daripada laluan lurus.

Juga baca: Kematian babit pengguna motosikal, Malaysia berpotensi atasi rekod Thailand!

Mengikut paparan video dashcam berkenaan, kejadian berlaku semalam pada jam kira-kira 2 petang di satu lokasi di Petaling Jaya. Dan sejurus impak kemalangan berkenaan, dapat dilihat penunggang itu berdiri untuk melihat keadaan motosikalnya.

Sekalipun sudah berulang kali diingatkan dan berita mengenai kemalangan membabitkan pelanggar lampu isyarat sering dilaporkan, ia bagaikan tidak menjadi pengajaran.

Bahana langgar lampu merah, 'rider' Grabfood melambung dirempuh kereta 02

Justeru, netizen seperti tidak lagi mempunyai perasaan kasihan kepada 'rider' berkenaan yang dikatakan sengaja mencari susah malah mendedahkan 'adegan' berkenaan sering dilihat.

"Hari2 tgok dlm 10 org 1 je ikot lain mmg xpernah ikot lampu isyarat xtahu la kenapa nk cpt sgt..," tulis seorang netizen.

Juga baca: Tular 'Rider' Grab Food cari gaduh lepas dihon, padah mungkin menanti!

Bahana langgar lampu merah, 'rider' Grabfood melambung dirempuh kereta 03

"Biasa nmpk cam ni.. Sendiri cari pasal.. Apa salah nya tggu je lampu hijau."

Bahana langgar lampu merah, 'rider' Grabfood melambung dirempuh kereta 04

"Kat Mana2 saya pergi dlm Malaysia, rider/food delivery, kebanyakanya langgar lampu merah. Hampir 50%. Nak jadi contoh yg baik macam mana kepada Adik2 kita kalau begitu perangai pemanduannya? Betul lah kita perlu cepat utk dapat pendapatan yg lebih tapi kalau jadi cacat atau hilang nyawa, macam mana?," kata seorang lagi pengguna media sosial.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda