Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara

Khairil · Jan 6, 2021 12:00 PM

Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara 01

Kerap kali berita mengenai pemandu atau penunggang mabuk menghiasi dada-dada berita namun ia seperti tidak mendatangkan kesan mendalam kepada pelakunya.

Begitupun, berita terbaharu ini mungkin boleh memberikan kesedaran buat mereka masih belum faham atau pura-pura tidak faham apabila seorang lelaki yang menunggang dalam keadaan mabuk didenda RM10,000 dan sebulan penjara oleh mahkamah.

Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara 02

Sumber imej: Utusan Online

Hukuman itu dijatuhkan Mahkamah Majistret di Ipoh, semalam kepada S Jagaiyah, 41 selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Dihilir di sini, Jumaat lalu.

Jika denda RM10,000 itu gagal dijelaskan, dia yang bekerja sebagai tukang gunting rambut turut berdepan hukuman penjara sembilan bulan atas tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara 01

Sumber imej: MalaysiaUpdateOfficial

Jagaiyah membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa menunggang motosikal dengan kadar alkohol di dalam darah didapati melebihi had ditetapkan sebanyak iaitu 158 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah. Had yang ditetapkan adalah 108mg.

Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara 02

Sumber imej: Facebook Polis Nilai

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan tertuduh di Jalan Raja Dihilir di sini pada jam 1 pagi, 1 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Bahana tunggang motosikal sambil mabuk, denda RM10,000, sebulan penjara 03

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhaimin Ab. Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya dijatuhi hukuman minimum kerana menjaga ibu yang sakit selain pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

Sumber berita: UTUSAN ONLINE

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru