window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan

Mersita · Sep 18, 2020 07:00 PM

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan 01

Baru-baru ini, kejadian lemas di dalam kereta akibat terhidu karbon monoksida ketika berehat di dalam kereta tular di saluran media sosial. Dalam kejadian tersebut, mangsa berhenti di stesen minyak dalam perjalanan pulang ke rumah selepas balik daripada percutian bersama tiga lagi rakannya.

Menurut laporan Sinar Harian, kali terakhir mangsa memaklumkan pada keluarganya tentang keputusan mereka untuk berehat di dalam kereta adalah pada pukul 9.15 malam. Mereka ditemui oleh salah seorang bapa mangsa pada pukul 1.40 pagi. Mangsa dipercayai terlelap dan tidak sedarkan diri, terperangkap di dalam kereta selama 4 jam lebih.

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan 02

Karbon monoksida dari ekzos

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian malang ini bukanlah yang pertama kali terjadi, malah banyak lagi kes serupa yang pernah terjadi sebelum ini. Perkara ini hanyalah disebabkan kecuaian dan ketidaksedaran akan bahaya tidur di dalam kereta.

Ya, kami faham, kadangkala pemandu terlalu mengantuk untuk meneruskan perjalanan dan terpaksa berhenti dan tidur di dalam kereta. Walaupun sudah berhenti di kawasan yang selamat, silapnya adalah memasang penghawa dingin yang memerlukan enjin yang masih hidup.

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan 01

Apa bezanya menghirup udara kabin semasa memandu dengan semasa tertidur?

Kabin kereta sentiasa memerlukan peredaran udara yang mencukupi. Gas tidak berbau dan berwarna dipanggil karbon monoksida ini datangnya daripada ekzos. Semasa kereta bergerak, pastinya gas merbahaya yang dihasilkan tidak memasuki ruang kabin kerana kereta sentiasa bergerak dan gas ini terlepas ke ruang udara luar.

Mungkin ada yang menyarankan anda supaya membuka salur udara dalam sistem penghawa dingin untuk membolehkan udara segar masuk ke dalam kabin. Tapi, disebabkan posisi kereta yang tidak bergerak buat masa yang lama, gas merbahaya akan terkumpul di sekeliling kereta dan masuk melalui rongga ini. Udara luar yang tercemar ini boleh masuk ke dalam kabin dan meningkatkan paras karbon monoksida dan seterusnya menipiskan kadar oksigen di dalam kabin kereta.

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan 02

Malah, kerosakan mekanikal di dalam kereta dimana terdapatnya kebocoran ekzos juga menyebabkan gas ini terlepas ke dalam kabin. Semasa anda celik atau sedang memandu, anda sedar akan perubahan suhu dan kualiti udara di dalam kereta – dimana anda mungkin akan bertindak membuka tingkap dan menutup penghawa dingin.

Bahaya tidur di dalam kereta dengan salur udara terbuka dan enjin dihidupkan 03

Kesimpulannya, jangan sesekali tidur di dalam kereta dengan enjin dihidupkan supaya penghawa dingin boleh dipasang. Walaupun anda dah kunci jam, ada risiko anda akan terlajak tidur dan perkara ini sememangnya amat susah untuk dielakkan.

Sebaiknya, ‘power nap’ 20 minit dengan enjin ditutup dan tingkap dibuka pada kadar yang mencukupi. Sebaik-baiknya lagi, rancang perjalanan anda dan pastikan anda boleh memandu sebelum memulakan perjalanan. Seeloknya mulakan perjalanan jauh anda dengan rakan yang boleh memandu sekiranya anda betul-betul tak tahan dan perlu memandu bergilir.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda