window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka?

Mersita · Jun 19, 2020 04:22 PM

Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka? 01

Apa itu CVT? Continuously Variable Transmission, atau nama pendeknya CVT, telah menjadi pilihan yang semakin popular dikalangan pemandu di bandar. Pada tahun 2014, lebih dari 10% kereta baru yang diperkenalkan telah dipadatkan dengan CVT. Pada 2015, 11.3 juta CVT telah dihasilkan di seluruh dunia dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat kepada 18.2 juta unit menjelang 2022.

Di Malaysia, hampir separuh daripada kereta yang dijual telah diberi CVT. Contohnya, Toyota Vios, Honda City dan juga kereta mewah seperti Lexus UX. Ia adalah sistem transmisi yang sangat popular, tapi masih banyak lagi kereta yang belum didatangkan dengan CVT.

Kenapa beberapa pembuat kereta suka dengan CVT manakala yang lain masih lagi enggan memasukkan CVT dalam keluaran mereka? Ini sebabnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan CVT

CVT dibuat menggunakan sistem dua-kapi (pulley), serta kon-kon yang disambung dengan rantai besi. Sistem ini tiada gear fizikal seperti gear biasa. Nisbah gear dilaraskan dengan menggerakkan rantai besi tersebut ke atas dan ke bawah kon-kon tersebut, dimana jumlah nisbah dapat dihasilkan tanpa had dengan pelbagai variasi.

Ini bermaksud kereta tersebut boleh memacu dengan lancar dan malar tanpa efek dan bunyi penukaran gear yang selalu kita rasa bila memandu. Oleh sebab CVT memastikan enjin meneran pada julat yang optimum, pemandu sudah tak perlu menekan enjin untuk membina tork.

Walaubagaimanapun, bunyi enjin satu tona yang semakin kuat semasa kelajuan menaik akan membuatkan pemandu yang tak biasa dengan CVT rasa kurang senang.

Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka? 01

Model kereta dengan CVT paling popular di Malaysia

CVT kini menjadi sistem transmisi pilihan bagi pengguna kereta yang mahukan kecekapan petrol kerana enjin kereta sentiasa berada pada tahap optimum sepanjang pemanduan.

CVT juga boleh dihasilkan dengan kos yang agak rendah kerana ia mempunyai kurang bahagian bergerak jika dibandingkan dengan transmisi automatik torque converter yang konvensional.

Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka? 02

Nissan X-Trail ialah contoh SUV dengan CVT

Kekurangan CVT

Jika CVT menggalakkan pemacuan yang lebih laju dan malar, kenapa ia tidak dipasang pada kereta berprestasi tinggi? Ini kerana CVT mempunyai had tork yang agak rendah dan ia tidak memberi respon yang cukup pantas kepada perubahan kelajuan yang tiba-tiba. Ia lebih sesuai untuk pemanduan biasa dan santai.

CVT juga mempunyai sedikit kelewatan antara throttle input dari pemandu, oleh itu ia tidak dapat menawarkan pengalaman memandu yang semulajadi seperti yang anda boleh rasakan dari transmisi manual dan automatik.

Baik dan buruk CVT – Kenapa ada yang suka, ada tak suka? 03

Kereta berprestasi tinggi seperti Volkswagen Golf R mungkin tidak akan diberi CVT

Jika anda berpendapat yang CVT adalah lebih murah untuk dihasilkan dan ia mungkin akan dipadatkan dalam Perodua Axia yang seterusnya, jangkaan anda mungkin meleset. Walaupun kos pembuatannya rendah dan menjanjikan penjimatan petrol, unit CVT mungkin tidak selasak sistem transmisi yang lain.

CVT juga agak lemah dalam sokongan pemanduan laju dengan suhu panas – sesuatu yang sangat biasa didengar. Semestinya, ada solusi-solusi seperti menambah penyejuk minyak transmisi dan membuat penyelarasan pada engine management software bagi mengehadkan atau mengurangkan tork ketika suhu semakin naik.

Walaupun CVT ada banyak kebaikan, ia tidak akan menggantikan transmisi torque converter automatic 4 kelajuan dalam masa yang terdekat.

Tambahan pula, bila CVT tiba-tiba tidak berfungsi, nak hantar ke bengkel untuk dibaiki pun tak guna. Adalah lebih bagus jika ia diganti terus dengan unit baru dan kos mengganti CVT bukanlah murah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda