window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard!

Khairil ยท Nov 3, 2021 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 01

Sekalipun tiada perubahan atau kemas kini dari sudut spesifikasi teknikal atau pun reka bentuk, Dominar 400 2022 diberikan pelbagai kelengkapan aksesori touring yang lengkap daripada kilang. 

Dengan varian 'touring' atau tunggangan jarak jauh yang kian popular di negara berkenaan, Dominar 400 2022 dilengkapi dengan aksesori seperti ‘Tall Visor’, ‘Hand Guard’, ‘USB Charging Port’, ‘Navigation Stay’, ‘Leg Guard’, ‘Engine Bash Plate’ dan ‘Carrier + Back Stopper’. Aksesori ‘Saddle Stay’ pula dijual berasingan.

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 02

Pilihan warna adalah dua iaitu: 

  • Aurora Green
  • Black Carcoal

Harga jualan yang ditawarkan adala INR 216,648 (RM 12,018). Dengan segala penambahan yang dibuat, harga Dominar 400 2022 meningkat INR 5,000 (RM 277) berbanding versi sebelumnya.

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 03

Dari sudut spesifikasi, Bajaj Dominar 400 2022 kekal dijana enjin 373.3 cc, 1 Silinder, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan Teknologi DTSi yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 04

Kuasa maksimum yang dihamburkan ialah 40 PS pada 8,800 rpm dan tork 35 Nm pada 6,500 rpm.

Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 05

Ciri-ciri menarik lain adalah penggunaan fork jenis terbalik (USD), brek cakera depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), muffler ekzos jenis berkembar, sistem lampu LED penuh dan panel meter digital LCD.

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 06

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 07

Informasi lain mengenai model ini adalah tangki bahan api 13 liter, soket pengecas USB, set roda 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang) dan berat 193 kg.

Di pasaran Malaysia, Modenas Dominar D400 2021 yang mendapat naik taraf signifikan daripada versi sebelumnya dilancarkan pada September yang lalu dan sudah pun berada di bilik pameran pengedar sah jenama itu ketika ini.

Bajaj Dominar 400 2022 dilancar di India, aksesori touring datang secara standard! 08

Jika anda ingin membaca rebiu ringkas daripada kami, sudilah klik pada pautan di bawah.

Juga baca: Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'!

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda