window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia?

Khairil ยท Nov 1, 2021 08:00 PM

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka India, Bajaj Auto akhirnya memperkenalkan versi paling berkuasa untuk barisan model popularnya, Pulsar yang kini datang dengan sesaran enjin 250 cc.

Seperti model sebelum ini, dua varian diperkenalkan untuk model generasi baharu Pulsar itu iaitu N250 (Naked) dan F250 (Fairing).

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 01

Sebagai model generasi baharu, Pulsar 250 mendapat kemas kini menyeluruh termasuk penggunaan kerangka baharu, lebih berkuasa dan paling utama, rekaan serba baharu yang lebih menyegarkan.

Sebagai info, barisan model Pulsar datang dengan kapasiti enjin 150 cc hingga 220 cc dan turut dijual di Malaysia sebagai Modenas Pulsar 200. Justeru, peluang untuk melihat model serba ini mendarat di Malaysia turut ada.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang!

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 02

Begitupun, tiada pengesahan daripada Modenas mengenai perkara ini setakat ini dan ia hanyalah jangkaan daripada kami.

Untuk trenkuasa, Bajaj Pulsar 250 yang menggunakan kerangka jenis 'tubular' ini dikuasakan enjin bersesaran 249.07 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, DTS-i, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan.

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 03

Kuasa yang dihasilkan model berkenaan adalah 24.1 Hp pada 8,750 rpm dan tork 21.5 Nm pada 6,500 rpm. Apa yang menarik, ia turut datang dengan ciri klac Assist & Slipper.

Juga baca: Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 dikemaskini, harga asas kekal RM 9.7k!

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 04

Harga

 

  • Pulsar N250 - 138,000 rupee (RM 7,625)
  • Pulsar F250 - 140,000 rupee (RM 7,736)

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 05

Pilihan warna 

  • Pulsar N250 - Techno Grey
  • Pulsar F250 - Racing Red, Techno Grey

Antara yang ditunggu-tunggu peminat Pulsar adalah penambaikkan di bahagian kluster meter. Menggunakan panel jenis kombinasi analog dan digital, ia kini tampil dengan petunjuk gear selain informasi penting lain

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 06

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 07

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 37 mm dan monoshock Nitrox (belakang) dengan sistem henti yang dinaiktaraf menggunakan cakera tunggu 300 mm (depan) dan 230 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran. Selain itu, sistem ekzos turut diperbaharui dengan rekaan lebih menarik.

Juga baca: 5 kelebihan Modenas Pulsar NS200 - warna baharu 2021, jauh lebih baik daripada kapcai?

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 08

Antara ciri-ciri menarik yang ditambah adalah penggunaan lampu projektor LED, lampu siang (DRL) LED, lampu signal membelok LED dan lampu belakang LED, soket pengecas USB dan tangki bahan api berkapasiti 14 liter. 

Bajaj Pulsar 250 dah dilancar, serba baharu, lagi berkuasa, ada peluang tiba di Malaysia? 09

Set roda pula adalah 100/80 (depan), 130/70 (belakang) menggunakan rim 17 inci. Informasi lain adalah berat Pulsar N250 ialah 162 kg manakala Pulsar F250 164 kg.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda