window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu!

Haris Β· Mar 24, 2022 04:00 PM

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 01

Jika anda sedang menunggu kenderaan elektrik daripada pengeluar kereta terbesar di dunia, ini adalah calonnya. Toyota bZ4X kini telah memulakan langkah pertama ke ASEAN apabila dipamerkan di Bangkok Motor Show 2022. Langkah itu juga mengesahkan bahawa Thailand akan menjadi negara ASEAN pertama yang menerima SUV elektrik bateri ini.

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 02

Menurut laporan portal rangakaian kami di Thailand, Autofun.th, Toyota bZ4X ini dijangka akan dilancarkan di Thailand menjelang akhir 2022. Apa yang lebih mengujakan adalah model SUV elektrik pertama Toyota ini juga bakal menjengah ke Malaysia seawal tahun 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 01

Toyota memberikan nama siri bZ yang bermaksud beyond Zero, di mana ia selari dengan fokus Toyota yang mahu pergi lebih jauh daripada sifar emisi karbon. Dengan kehadiran SUV ini juga hadir platform terbaru Toyota dalam bentuk e-TNGA yang khusus untuk kenderaan elektrik. Platform baharu ini juga dibangunkan bersama dengan Subaru yang akan menggunakannya pada model Subaru Solterra.

Baca: Subaru Solterra 2022 diacah – kembar Toyota & Subaru kedua selepas 86/BRZ!

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 02

Bateri terletak di bawah lantainya dengan kapasiti 71.4 kWj, yang menyokong port pengecasan pantas DC maksimum sehingga 150 kW, membolehkan ia mengecas sehingga 80% dalam masa setengah jam sahaja.

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 03

Di peringkat global, Toyota bZ4x ditawarkan dengan dua varian: varian pacuan roda hadapan (FWD) menghasilkan 204 PS, manakala varian pacuan semua roda (AWD) mempunyai output gabungan 218 PS.

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 04

Jarak pemanduan untuk varian FWD ialah 500 km, manakala AWD kurang sedikit dengan 460 km sahaja. Namun, kedua-dua ini lebih kepada panduan sahaja kerana dikira mengikut ujian kitaran WLTP.

Berapa pula jangkaan harganya?

Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu! 05

Harga masih belum diumumkan untuk pasaran Thailand, dengan pasaran UK merupakan satu-satunya pasaran yang telah mengumumkan harga setakat ini. Di UK, tanda harga Toyota bZ4X adalah sekitar £ 41,950 (~RM 232k) hingga £ 51,550 (~RM 286k). Suatu harga yang masih jauh untuk dipertimbangkan sebagai mampu milik nanti?

Cuma, ia sedikit lebih murah daripada Lexus UX300e, yang berharga sekitar £ 42,645 (~RM 236k) hingga £52,245 (~RM 291k) yang juga merupakan sebuah lagi SUV elektrik yang diperuntukkan untuk Malaysia.

Baca: Harga Toyota bZ4X 2022 di UK sah, model sama untuk Malaysia – lagi murah dari Tesla Model Y!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia