window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal kenakan hukuman gantung untuk pemandu Triton lawan arus di Lebuhraya Persekutuan

Mersita ยท Sep 17, 2021 05:30 PM

Bakal kenakan hukuman gantung untuk pemandu Triton lawan arus di Lebuhraya Persekutuan 01

Pemandu trak pikap Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus di KM 8.6 Lebuhraya Persekutuan sehingga menyebabkan kematian dua orang remaja pada Ahad lalu (12 Sept.) bakal berdepan hukuman gantung sampai mati.

Hukuman ini adalah susulan pengklasifikasian semula kes tersebut kepada 302 Kanun Keseksaan. Pada mulanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seksyen 41(1) hanya memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun dan tidak lebih 10 tahun berserta denda tidak kurang RM 5,000 dan tidak lebih RM 20,000.

Suspek yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan diwakili peguam Ravi Nekoo serta Peguam R. Thanuja itu dikatakan mempunyai 20 rekod saman lampau; termasuk memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Bakal kenakan hukuman gantung untuk pemandu Triton lawan arus di Lebuhraya Persekutuan 01

Menurut laporan kami yang terdahulu, suspek yang memandu trak pikap Triton itu bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback yang dinaiki mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim (18) dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri (19), kerana suspek memandu secara melawan arus sambil berada di bawah pengaruh ganja.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.50 pagi itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Berita berkait: Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda