window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal melepasi RM 100k di Malaysia? Honda BR-V baharu naik harga 13% di Filipina!

Haris ยท Oct 31, 2022 08:00 PM

Bakal melepasi RM 100k di Malaysia? Honda BR-V baharu naik harga 13% di Filipina! 01

Honda Cars Philippines telah mengumumkan harga Honda BR-V generasi kedua 2022, yang akan dilancarkan di sana pada 21-November 2022. Seperti yang dijangkakan, harga telah meningkat dalam peratusan dua digit.

Honda BR-V 2022 kini bermula di Filipina pada PHP 1,190,000 (~RM 97k) untuk varian automatik paling murah, iaitu sekitar 13 peratus lebih mahal berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kenaikan harga ini masih lebih rendah daripada kenaikan 20 peratus yang dilihat di Thailand.

Bakal melepasi RM 100k di Malaysia? Honda BR-V baharu naik harga 13% di Filipina! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding dengan model generasi pertama, Honda BR-V baharu generasi kedua ialah produk yang lebih premium, dengan senarai ciri yang lebih banyak dan bahan yang lebih baik digunakan di dalam kabin untuk mewajarkan harga yang lebih tinggi.

Model sebelum ini hanya tampil dengan 2 beg udara tetapi Honda BR-V baharu dilengkapi dengan 6 beg udara standard, manakala varian yang lebih mahal mendapat suite Honda Sensing - ciri bantuan pemandu yang mirip dengan Honda City, tetapi Honda BR-V menambah Amaran Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification).

Bakal melepasi RM 100k di Malaysia? Honda BR-V baharu naik harga 13% di Filipina! 01

Walau bagaimanapun Kawalan Pelayaran Adaptif masih tidak meliputi pada Low Speed Follow (LSF), sama seperti City.

Walaupun mempunyai enjin dengan output kuasa dan tujahan yang sama seperti sebelum ini, enjin 1.5 liter i-VTEC pada Honda BR-V 2022 baharu menggunakan DOHC untuk menggantikan injap SOHC model sebelumnya.

Ia menghasilkan 121 PS dan 145 Nm (spesifikasi pasaran Indonesia, meningkat 1 PS daripada sebelumnya) dengan transmisi sama jenis CVT automatik memacu roda hadapan.

Bakal melepasi RM 100k di Malaysia? Honda BR-V baharu naik harga 13% di Filipina! 02

Di Malaysia, Honda BR-V generasi pertama dijual pada harga RM 90,700 untuk varian 1.5 E dan RM 97,700 untuk varian 1.5 V. Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 10 peratus kenaikan harga apabila model itu dilancarkan di sini awal tahun depan.

Honda BR-V dipasang secara tempatan di kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka.

Honda BR-V akan bersaing dengan model MPV/SUV 7-penumpang segmen B yang seperti Toyota Veloz (dari RM 95,000), Mitsubishi Xpander yang lebih berumur (dari RM 99,980), dan sudah tentu, Perodua Alza yang mendominasi (daripada RM 62,500).

Baca: Perodua Alza vs Honda BR-V: 5-bintang ASEAN NCAP penuh, mana yang lebih selamat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda