window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin?

Haris · Apr 29, 2022 06:00 PM

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 01

Daihatsu Xenia; model asas Alza yang akan datang

Ya, tarikh tepat pelancaran Perodua Alza 2022 masih menjadi satu persoalan yang masih belum terjawab tetapi bukan misteri lagi apabila Perodua Alza serba baharu (D27A) adalah model yang dinanti-nantikan oleh segenap rakyat Malaysia tahun ini.

Sambil kita bersiap sedia untuk bakal MPV terlaris ini, mari kita lihat apa yang telah diketahui setakat ini.

Suite ADAS dengan Apple CarPlay dan Android Auto?

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 02

Daihatsu Xenia

Fasa penyelidikan dan pembangunan untuk MPV tersebut kini berada di peringkat akhir ujian dan pengeluaran perintis. Malah, Wapcar.my juga telah difahamkan bahawa kilang pembuatan Perodua di Rawang telah menyiapkan semula peralatan bagi memasang model baharu itu.

Baca: Perodua Alza generasi baru (D27A) sah dilancarkan pada tahun 2022, siap D-CVT, DNGA & ADAS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 01

Seperti Perodua Ativa, model Alza generasi baharu ini merupakan produk pembangunan bersama Toyota/Daihatsu, di mana kereta asas ialah Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia. Oleh yang demikian, Perodua Alza seterusnya akan dibangunkan di atas Daihatsu New Global Architecture (DNGA), dan kuasa akan memacu roda hadapan.

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 02

Tunjang kuasanya adalah enjin 4-silinder 1.5 liter aspirasi semula jadi, telah disahkan serta berkemungkinan besar dikongsikan bersama Perodua Myvi facelift 2022. Di samping itu, enjin 2NR-VE (106 PS/137 Nm) itu juga akan dipasangkan dengan kotak gear automatik D-CVT.

Baca: UMW beri petanda pelancaran Perodua Alza semakin dekat, angka jualan semakin memberangsangkan!

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 03

Daihatsu Xenia

Beberapa sumber telah membuat perincian yang lebih mendalam mengenai spesifikasi yang bakal ditawarkan. Berdasarkan itu, sesetengah sumber mendakwa bahawa Perodua Alza baharu akan didatangkan dengan pilihan mod pemanduan, lampu hadalan dan lampu ekor LED, serta kluster instrumen digital 7-inci ala Ativa.

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 04

Menariknya ada juga sumber menyebut mengenai Perodua Alza bakal menerima unit infotainment skrin sesentuh 9-inci yang akan menggabungkan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay. Walaupun fungsi ini sangat bagus, ia masih belum dapat disahkan seperti perincian di dalam perenggan sebelum ini.

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 05

Suite PSDA pada Perodua Myvi facelift 2022

Walau bagaimanapun, sesuatu yang boleh hampir pasti ialah Perodua Alza generasi baharu akan menerima set lengkap ADAS dalam bentuk Perodua Smart Drive Assist, PSDA. Hal ini juga seiring dengan kriteria baharu ASEAN NCAP yang telah dikemaskini untuk tahun 2021.

Baca: Kembar Alza, Toyota Veloz dengan Toyota Safety Sense mendapat skor 5 bintang dalam ASEAN NCAP

Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin? 06

Barang baik tidak akan datang secara percuma, semua kelengkapan di dalam Perodua Alza generasi baharu 2023 ini akan diterjemahkan kepada harga yang lebih tinggi. Pada masa ini, harga Perodua Alza yang akan dihentikan adalah dari RM 49,944 hingga RM 60,525.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda