window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas!

Faisal · Sep 7, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bulan lepas, kami telah melaporkan satu spyshot mengenai sebuah kenderaan misteri yang mana ia tidak nampak seperti Hyundai Casper langsung. Perkara ini menguatkan lagi tekaan netizen yang menyatakan bahawa ia sebenarnya sebuah Stargazer. Di samping itu, seorang hamba Allah di Indonesia pun telah menghasilkan satu lakaran Stargazer yang dilihat menyerupai sebuah Mitsubishi Xpander.

Juga bacaLakaran Hyundai Stargazer mirip sangat dengan Xpander, bakal jadi pesaing terkuat?

Tetapi untuk kali ini, media dari Korea nampaknya melaporkan satu intipan yang menunjukkan bahagian depan dan tepi Stargazer dengan begitu jelas sekali.

Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas! 01

Hyundai Staria.

Walaupun masih dalam samaran, bahagian depannya tampil jelas dengan unsur yang sama pada Hyundai Staria.

Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas! 02

Pada bahagian tepi pula, Hyundai nampaknya mengenakan Stargazer dengan sentuhan ala SUV yang sama macam Mitsubishi Xpander. Perkara ini agak masuk akal kerana Xpander sendiri cukup berjaya di kebanyakan pasaran ASEAN.

Juga bacaMitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza!

Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas! 03

Kredit: Autonetmagz.

Bercakap mengenai ASEAN, satu unit Stargazer telahpun diintip di Indonesia. Untuk maklumat anda, Hyundai sedang bersiap sedia untuk membuka kilang di daerah Cikarang. Malah, ia bakal dijadikan pusat automotif Hyundai untuk rantau Asia Tenggara.

Juga bacaHyundai bakal tutup ibu pejabat wilayah Asia Pasifik di Malaysia, pindah ke Indonesia

Bakal tiba di Malaysia, MPV Hyundai Stargazer kini terdedah dengan lebih jelas! 04

Hyundai Alcazar spec India.

Selain Stargazer, kilang ini juga akan memasang Hyundai Creta dan Alcazar. Secara umumnya, Stargazer bakal dilancarkan menjelang akhir tahun ini dan Malaysia dijangka menjadi salah satu daripada pasaran tumpuannya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda