window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama!

Faisal Β· Nov 12, 2022 02:00 PM

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 01

Toyota bZ4X di Thailand.

Baru-baru ini, Toyota bZ4X iaitu kereta elektrik EV pertama buat syarikat gergasi Jepun itu telah dilancarkan di dua pasaran terbesar di rantau Asia Tenggara. Kiranya, SUV EV ini telah membuat debut ASEAN di Thailand dan beberapa hari selepas itu, ia dilancarkan pula di Indonesia.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 02

Toyota bZ4X di Indonesia.

Untuk makluman anda, kedua-dua pasaran hanya menawarkan bZ4X dengan satu varian sahaja. Di Thailand, Toyota bZ4X datang dengan spesifikasi dua motor dan pacuan semua roda (AWD). Indonesia pula dengan satu motor dan pacuan roda depan (FWD).

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 03

Secara amnya, varian FWD menghembuskan 204 PS dan 266 Nm tork. Jenis AWD pula dengan 218 PS dan 337 Nm tork. Kedua-dua varian menggunakan bateri 71.4 kWj yang mana ia memberikan jarak pandu 500 km buat FWD dan 411 km buat AWD.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengecasan AC buat bZ4X menyokong sehingga 6.6 kW (melalui port Type 2). Pengecasan pantas DC pula sehingga 150 kW (melalui port CCS2).

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 01

Model pasaran Thailand.

Walau apapun, kedua-dua Toyota bZ4X di sana datang dengan kelengkapan yang cukup tinggi. Antaranya seperti lampu LED, bumbung suria panoramik, tempat duduk kulit dan infotainment 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 02

Dari segi keselamatan pula, Toyota bZ4X di kedua-dua pasaran lengkap dengan ADAS Toyota Safety Sense 3.0 sekali dengan ciri parkir sendiri.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 03

Model pasaran Thailand.

Memandangkan peratusan pengguna EV di Indonesia dan Thailand masih rendah, Toyota telah berusaha menawarkan pakej jaminan yang cukup menyenangkan. Di Thailand, setiap pembelian bZ4X datang dengan waranti bateri 8 tahun/160,000 km, lanjutan waranti 5 tahun/150,000 km dan diskaun 30,000 THB (~RM 3.9k) untuk pengecas dinding.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 04

Model pasaran Indonesia.

Pasaran Indonesia juga memberi waranti bateri 8 tahun/160,000 km tetapi ia lengkap dengan program servis percuma selama 3 tahun/60,000 km. Istimewa untuk pasaran Indonesia juga adalah dua jenis pengecas yang didatangkan sekali iaitu jenis boleh dibawa kemana-mana dan pengecas dinding.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 05

Model pasaran Thailand.

Untuk harga pula, Toyota bZ4X di Thailand ditawarkan pada 1,936,000 THB (~RM236k), manakala di Indonesia pula, ia berharga 1.19 bilion IDR (~RM 356k).

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 06

Model pasaran Indonesia.

Walaupun Toyota bZ4X di Indonesia jauh lebih mahal, ia tetapa ada untuk disewa melalui servis langganan Kinto. Di sana, perkhidmatan ini bermula dari harga 20 juta IDR (~RM 6k) setiap bulan. Untuk Thailand pula masih belum diumumkan.

Bakal tiba di Malaysia, Toyota bZ4X EV dilancarkan di Thailand dan Indonesia dalam minggu sama! 07

Di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) sudah mengesahkan bahawa Toyota bZ4X sememangnya akan tiba. Namun berdasarkan pasaran jiran, harganya tidak akan murah.

Juga bacaUMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Apapun setakat ini, UMWT telah memasang beberapa pengecas pantas di ibu pejabat mereka.

Juga bacaUMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia