window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya?

Mersita · Jul 12, 2020 05:00 PM

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 01

Apabila anda memasang tayar atau rim baru, mekanik selalunya akan mencadangkan balancing (penyeimbangan) dan alignment (penjajaran) untuk tayar kereta anda. Ada yang kata alignment tayar itu wajib dibuat, ada pula yang kata ia bukan satu kepentingan.

Dalam entri kali ini, kami ingin kupas tentang maksud alignment tayar dan balancing tayar serta perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang servis ini.

Antara persoalan yang kerap ditanya pemilik kereta ialah adakah balancing dan alignment tayar betul-betul perlu dilakukan? Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk pengusaha kedai tayar buat duit lebih? Sebelum anda buat sebarang kesimpulan, jom kita fahami terlebih dahulu tujuan dan maksud balancing serta alignment tayar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 01

Apa maksud balancing tayar?

Pernahkah anda lihat mekanik memasang tayar kereta pada sebuah mesin dan melekatkan beberapa pemberat pada rim tayar anda? Itu adalah untuk balancing.

Pemberat tersebut digunakan untuk mengimbangi pembahagian jisim keseluruhan tayar anda bagi memastikan yang tayar anda mempunyai putaran yang seimbang dan sekata.

Apa maksud alignment tayar?

Maksud alignment tayar pula ialah penyelarasan sudut tayar bagi memastikan yang kereta bergerak dalam satu garisan lurus apabila stereng diluruskan.

Baca juga: Dot kuning dan merah pada tayar baru anda - apa fungsinya?

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 02

Rim besi pun perlukan penjajaran juga

Kenapa perlu buat balancing dan alignment tayar?

Kenapa stereng kereta boleh bergegar teruk pada kelajuan tinggi? Perkara ini boleh jadi disebabkan oleh balancing tayar anda 'lari'. Apabila balancing tayar sudah terjejas, tayar kereta anda tidak berputar dengan sekata.

Ini akan menyebabkan ketidakselesaan disamping membuatkan anda risau semasa memandu.

Satu isyarat yang menandakan kereta anda memerlukan aligment tayar ialah apabila kereta anda tersasar dari landasannya (di atas jalan rata) walaupun stereng anda sudah diluruskan. Satu lagi cara untuk memastikan samada alignment tayar harus dibuat atau tidak ialah apabila stereng anda tidak seimbang atau lurus semada memandu di jalan yang lurus.

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 03

Baca juga: Jimat wang dan pandu selamat dengan tiga petua penjagaan tayar ini!

Balancing dan alignment tayar juga penting untuk menjaga kesempurnaan permukaan tayar anda. Jika balancing dan alignment tayar kereta tidak sempurna, hakisan tayar akan menjadi tidak sekata dan boleh memendekkan jangka hayat keempat-empat tayar kereta anda.

Apa punca balancing dan alignment tayar cepat rosak?

Salah satu punca balancing dan alignment tayar rosak ialah apabila anda melanggar lubang jalan dengan kuat dimana ia memberi kejutan hebat pada seluruh badan kereta. Oleh itu, walaupun anda telah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan lubang semasa memandu, kekukuhannya memang akan terjejas sedikit demi sedikit sepanjang jangka hayat kereta anda.

Baca juga: Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 04

Selalu sangat langgar lubang? Sumber: Facebook Brotherhood Shah Alam

Bila kena buat balancing dan alignment tayar?

Balancing dan alignment tayar kereta selalunya dibuat sekaligus. Selang waktu yang disarankan untuk anda membuat pemeriksaan tayar adalah setiap 10,000 km.

Walaubagaimanapun, jika anda rasa gegaran pada stereng berlebihan apabila dipandu laju sedikit atau kereta anda tidak bergerak lurus, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ini secepat mungkin.

Baca juga: "Kenapa tayar kereta boleh meletup?" Ini sebabnya

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 05

Antara kebaikan balancing dan alignment tayar yang baik ialah pemanduan anda akan jadi lebih selesa dan tepat. Yang paling penting, hakisan tayar yang berlebihan juga dapat dielakkan.

Jika anda seorang pemandu profesional, anda patut mengambil langkah lebih berjaga-jaga dan sering memastikan balancing dan alignment tayar kereta anda sentiasa dalam keadaan sempurna. Walaupun anda pemandu biasa-biasa sahaja, anda masih perlu rajin membuat pemeriksaan rutin setiap 10,000 km.

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya? 06

Harga alignment dan balancing tayar kereta terkini

Harga alignment tayar terkini setakat 2021 dianggarkan antara RM 20 - 25 dan ke atas bagi satu tayar. Harga balancing tayar terkini pula selalunya murah sedikit berbanding alignment, iaitu dalam RM 10 - 15 ke atas untuk satu tayar. Harga alignment dan balancing tayar selalunya mengikut saiz tayar kereta masing-masing.

Kos alignment dan balancing tayar juga selalunya digabungkan sekali dalam satu harga promosi jika kedua-duanya dibuat sekali di bengkel sama, oleh itu jangan lupa periksa samada harganya berasingan atau tidak. Bergantung kepada kawasan, kadangkala kos alignment tayar dan kos balancing tayar akan jadi rendah sedikit.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda