window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi

Faisal · Aug 20, 2021 04:00 PM

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi 01

Bangladesh dan Jepun nampaknya bakal menandatangi Memorandom of Understanding (MoU) bersama bagi menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan untuk membuka kilang pemasangan kereta Mitsubishi di negara tersebut.

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi 02

Kredit: observerbd.com.

Menteri Perindustrian Bangladesh, Nurul Maji Mahmud Humayun ketika bermesyuarat dengan ITO Naoki, duta besar Jepun di Bangladesh baru-baru ini berkata, “Proses menandatangani MoU kini sedang berada dalam fasa terakhir. Ia dijangka selesai dalam bulan ini juga.”

Untuk manfaat bersama, beliau turut mencadangkan kepada utusan Jepun itu untuk melabur dalam sektor gula, pemprosesan makanan tani, dan pembuatan kapal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi 01

Kredit: bizbd.net.

Buat masa ini, kerajaan Jepun sudah berjanji dengan negara Bangladesh untuk melabur dalam kilang automotif dan baja. Perjanjian ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan industri Jepun di negara tersebut. Lagipun, kerajaan Bangladesh sendiri menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan terhadap pelabur-pelabur asing.

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi 02

Kilang baja terbesar yang ada di Bangladesh.

Dalam mesyuarat itu, beliau sempat mengulas bahawa produksi baja oleh kilang Karnaphuli Fertilizer Company Ltd (KAFCO) tetap dapat beroperasi dalam kapasiti yang penuh walaupun dengan pandemik Covid-19. Perkara sebeginilah yang menyakinkan Jepun untuk membangunkan industri mereka di negara Bangladesh.

Juga bacaProton X70 dipasang di Bangladesh, digelar “Talking Car” dengan enjin turbo 1.5L

Bangladesh bakal ‘sign’ MoU dengan Jepun untuk buka kilang kereta Mitsubishi 03

Hanya sekadar gambaran.

Pada masa yang sama, utusan Jepun itu turut memberi jaminan bahawa Jepun akan menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan kilang baja yang baru di daerah Sirajganj dan institut penyelidikan dan ujian automobil di negara Bangladesh.

Juga bacaRalliArt akan dihidupkan melalui Mitsubishi Outlander 2022, digelar Outlander Evo?

Sumber: The Financial Express

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda