window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM

Mersita · Dec 27, 2021 11:00 AM

Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM 01

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan menawarkan diskaun tambahan kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Perodua dalam usaha untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir akibat kereta rosak disebabkan bencana alam itu.

Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Oleh itu, Perodua akan menawarkan khidmat tunda percuma bagi kenderaan yang mempunyai perlindungan insuran merangkumi perkhidmatan tunda. Selain itu, upah membaiki (labour charge) kenderaan juga akan diberi percuma.

"Cuma barangan alat ganti itu kena beli.. Perodua bagi diskaun 50 peratus,” katanya lagi ketika melawat kawasan terjejas banjir di Hulu Langat semalam.

Banjir: Perodua naikkan diskaun alat ganti kepada 50%, khidmat tunda dan buruh percuma - PM 01

Bagi memperluaskan bantuan, difahamkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga akan berbincang dengan syarikat-syarikat lain dan diharap syarikat berkenaan boleh turut serta menghulur bantuan seperti dilakukan Perodua.

Terdahulu, Perodua mengumumkan bantuan kepada pemilik kenderaan keluaran syarikat itu yang terjejas dengan banjir dalam bentuk bantuan RM 100 bagi kos menunda kenderaan dan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih.

Baca juga: Perodua syarikat kereta pertama Malaysia yang tawarkan bantuan banjir kepada pelanggan

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda