window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari!

Haris · Jun 30, 2020 06:34 PM

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 01

Kembali lagi ke siri barang rare. Kali ini, sebuah Datsun 510 Bluebird tahun 1971 telah disenaraikan untuk dijual.

Model Datsun ini telah digayakan dengan stail kereta jahat, sesuai dengan rompakan bank serta lengkap dengan kemasan dalaman yang masih baik.

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi mereka yang menghargai rekaan klasik, panel meter pada Datsun 510 Bluebird ini seolah-oleh diukir pada papan pemukanya. Stereng 'deepdish' dengan spoke yang kurus menyerlahkan lagi rekaan klasik ini.

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 01

Bahagian belakangnya turut menggunakan kemasan kulit, meningkatkan lagi rupa yang sudah sedia ada menarik.

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 02

Lebih menarik lagi, cermin sisi tidak diletakkan berdekatan dengan pemandu. Sebaliknya, cermin sisinya terletak sedikit lebih rendah daripada posisi cermin sisi moden.

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 03

Bagi mereka yang berminat, kereta ini telahpun dijual. Artikel ini masih dalam tulisan ketika Datsun 510 Bluebird tersebut disenaraikan untuk dijual. Namun menjelang petang, nampaknya kereta ini telah dibeli.

Barang rare: Datsun 510 Bluebird tahun 1971. Terjual dalam masa sehari! 04

Begitu sekali penangan kereta klasik buat orang-orang yang mampu menghargainya. Ini adalah bukti bahawa minat terhadap kereta klasik tidak pernah pudar dan malar segar.

Dijual oleh: FB Assry Windwrap

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda